ARTIS MALAYSIA DAN RAMBUT PALSU…

Babak flashback…pelakun lelaki ini dah senja, tapi melakunkan watak ketika muda, dibuat dalam black and white. Konon nak nampak muda, pakailah rambut palsu. Bukan nampak muda, tapi hodoh.

Melakonkan watak ibu dan isteri orang, pelakun ini memang suka sangat mengenakan rambut palsu. Pulaktu rambut berwarna keemasan. Rambut tebal dan panjang, tapi tak padan langsung dengan wajah pelakunnya yang  berwajah comel dan berhidung Melayu ini. Bukan tambah cantik, tapi hodoh.

Scene di rumah, dalam keluarga sederhana. Secara logiknya tak mungkin orang kita nak pakai rambut palsu di rumah. Bukankah susah, nak ambil air sembahyang?  Tak tahulah kalau orang kaya? Pun rasa tak logik. Orang kaya juga solat kan… Pokoknya, mengapa pengarah tak tegur? Pengarah tak ada say ke?

Kalau dalam drama Cina atau drama Korea, rambut palsu pelakunnya nampak real, khususnya bagi drama ‘period‘  khususnya bagi pelakun lelaki.  Bagi  dalam drama Melayu kebanyakannya nampak LUCU!!!

Rasanya elok penggiat seni dalam industri drama kita ramai-ramai fikir, bagaimana drama kita atau filem kita nak dijual ke negara luar, jika prop, penampilan pelakun tak sesuai dengan babaknya atau jalan ceritanya.

Erra Fazira suka rambut palsu…ada yang kena ada yang langsung tak kena. Jasmin Hamid juga suka rambut palsu dan bulu mata palsu…banyak yang tak kena. Dia ini memang cantik, tanpa menggunakan bulu mata palsu dan rambut palsupun cantik menawan…ori lagi cantiklah dik!!!

Sama-samalah kita fikirkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: