Ada hikmahnya kegawatan ini…

Hari ini matahari tetap bersinar terang. Sungguhpun kegawatan ekonomi melanda negara, kehidupan mesti diteruskan. Eloklah kita mencari jalan untuk mengatasi kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain dengan serius. Macam mana nak hadapi kenaikan harga minyak terutamanya bagi diri kira sebagai individu?

Dulu, sebelum kenaikan harga minyak, cara pemanduan keretaku amat berbeza…kelajuan mengikut maksima. Maka banyaklah minyak ditelan oleh kereta yang lebih 2200 cc tu. Dua hari ditelannya RM80.00. Apabila tiba waktu gawat begini nampaknya kurang pula wang mengalir keluar untuk minyak kereta. Mana tidaknya, sekarang ini aku pandu perlahan sangat. Bawah 90 atau 80 kilometer sejam. Biarlah orang nak kata apa, aku tetap pandu macam semut. Kelakarpun ada. Macam mak nenek… pokoknya aku dapat berjimat pula. Cuma belanja RM100.00 seminggu untuk kereta. Kalau dulu RM80.00 untuk dua hari, sekarang RM100.00 untuk lima hari.

Itulah yang dikatakan hikmah di sebalik kegawatan. Memang sifat manusia begitu. Bila terantuk baru tengadah. Apabila dikira-kira dan ditolak campur, rasanya dah beratus ribu ringgit kita habiskan duit untuk minyak kereta. Berlumba di jalan raya sakan ketika harga minyak murah, sekarang, pandai pula kita berjimat cermat…Aku bersyukur dengan apa yang terjadi terhadap negara kita sekarang. Allah ingin memberi peringatan kepada kita supaya berjimat cermat dan berhemah. Dulu bukan main lagi membeli belah setiap kali dapat gaji, sekarang fikir berpuluh kali jika nak berbelanja…pandai pula berhemah.

Aku ini selalu ditukarkan tempat berkerja. Dari KL ke timur, balik ke KL ke utara pula, selepas ke seberang laut beberapa tahun, balik ke Malaysia di KL ditempatkan, kemudian ditukarkan ke utara pula, selepas itu balik ke KL lagi…begitulah sejak 26 tahun lalu. Apabila buka pintu bilik stor, ternyata aku ini bukan orang miskin. Berkotak-kotak barang lama tersimpan dalam stor. Hampir satu bilik penuh dengan kotak-kotak besar barang keperluan seperti pakaian, buku, beg tangan, beg besar, barang dapur, barang eletrik, boneka anak dan anehnya barang-barang itu disimpan saja dan tidak digunakan. Jika dinilai, rasanya beratus ribu ringgit harganya. Barang-barang yang dibeli di Jepun sepanjang empat tahun aku bertugas di sanapun rasanya berjumlah beratus ribu ringgit. Begitu juga barang-barang dari timur dan utara Malaysia setelah tinggal di sana beberapa tahun. Satu yang aku dapat fikir sekarang, aku suka MEMBAZIR.

Tentu anda juga mengalami pengalaman yang sama…jika anda suka berbelanja. Barang yang kita beli itu tak penting, tapi apabila pergi shopping, kita beli dan kita beli dan beli terus. Terutamanya pakaian. Jika diluar negara, setiap kali bertukar musim, kita beli pakaian mengikut musim. Akhirnya kita mengumpul baju bertimbun-timbun. Balik ke negara kita, semua itu tidak berguna lagi, kecuali baju musim panas. Huh, kesalpun ada…kerana melakukan pembaziran.

Marilah kita mulakan cara hidup yang baru, lebih berhemah dan memikirkan masa depan. Sebelum membeli belah tu, fikir dulu, penting ke barang-barang itu. Jika tak beli boleh tak? Akhirnya kita akan lebih berhemah dan boleh menyimpan atau kita boleh banyak menderma dan bersedekah. Pahala dapat, hati senang kerana banyak wang di tangan..SELAMAT MENCUBA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: