Kata mengata, buruk memburuk…ingatlah Allah nampak!

Pelbagai cerita didedahkan di dada akhbar tentang orang-orang politik. Aku baca juga, tapi baik tak usah ambil pusing sangat. Berita yang didedahkan boleh mengaibkan pelbagai pihak. Biarlah. Berdosa jika kita perkatakan sesuatu yang kita tak tahu kebenarannya. Memang di dunia ini tak nampak dosa yang kita buat. Mengumpat, menuduh, melempiaskan kemarahan dengan mendedahkan keburukan orang atau memfitnah, semuanya dosa. Aku kata hang, hang kata aku. Aku lapor tentang hang, hang lapor tentang aku…Yang nampaknya, orang Melayu juga yang berbalah-balah. Buruk memburukkan. Orang lain, tepuk tangan. Kata mengata ini bukan perkara main-main. Kalaulah kita nampak diri kita sendiri di akhirat nanti memakan daging manusia, tentu kita tak nak buat dosa mengumpat, mengata, memburuk-burukkan orang lain. Jadi ingat-ingatlah. Walaupun kita rasa orang lain tak boleh nampak, tapi Yang Maha Agong dapat melihat. Walaupun kita nak sembunyi kesalahan depan orang, Allah nampak. Bagi yang tak buat salah, apa nak takut kan? Bagi yang memang tahu diri sendiri bersalah, memang menafikan. Tapi ingatlah, Allah nampak!!! Yang tahu hanya Allah.

Masalahnya bila kita orang Melayu akan bersatu?

Dunia ini sekejap je. Kalau dulu kita cantik, kacak dan lawa, selepas 50 tahun, masihkah kekal kecantikan dan keremajaan itu? Pasti tidak. Kalau kekalpun, mungkin dengan menyucuk botox, kologen atau vitamin c atau kaedah cucuk-cucuk yang lain. Masalahnya, fatwa telah dikeluarkan mengatakan mengubah rupa bentuk asal kejadian Allah itu berdosa. Mungkin dengan kaedah itu kita rasa masih muda remaja, tapi diri kita sebenarnya dah tua. Tak boleh lari dari hakikat itu. Paling tinggipun kita boleh hidup mungkin 80 atau 90 atau 100 tahun. Itupun boleh dibilang dengan jari. Bila dah mati, terputus hubungan dengan dunia, semua perlakuan dan perbuatan kita akan ditanya oleh malaikat, akan mendapat pembalasan daripada Allah yang Maha berkuasa dan maha mengetahui. Dia nampak kita. Kita buat apapun, Allah nampak.

2 responses to this post.

  1. Posted by muahmmad nur b abd manaf on November 24, 2008 at 3:11 pm

    Assalamualaikum,,

    jgn risau,Allah taala tlh memberi jaminan,
    penyatuan umat islam tetap juga akan berlaku..antara cpt ataupun lambat..

    ingatlah..

    “penyatuan umat islam akan berlaku bila tertegaknya kembali sistem khallifah islamiah diatas muka bumi Allah ini”

    -Asy syahid Hasan al Banna-

  2. Terima kasih anakku. Syukur kerana Mamat telah menjadi Al Hafiz. Boleh menghurai dan menyebarkan ayat-ayat Allah demi kebenaran. Tahniah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: