LONG SHOT DAN BERITA SAMPAH

Semalam 13 Mei 2008, aku menonton drama di TV3. Ketika itu drama bersiri Sinderela. 5 minit pertama yang sungguh membosankan dan rasa macam nak menjerit. Nak tukar ke saluran lain, aku nak tahu juga siapa pelakon yang bercakap bahasa rojak Melayu campur Inggeris. Menggunakan long shot yang panjang rasanya selama lebih lima minit, amat menyakitkan hati. Mungkin aku seorang penyiar yang pernah menyerbitkan program TV dan aku faham apa yang dipanggil bahasa penerbitan TV. Termasuklah drama. Sakitnya hati bukan kepalang. Apa tujuan pengarah menggunakan long shot yang panjang itu? Nasib baik latarbelakang babak itu di taman bunga, jika tidak hendak juga aku pecahkan peti TV. Tapi yang rugi akuuuuu juga, bukan ada orang nak ganti?
Long shot yang panjang ini, sebenarnya seperti juga kerja orang malas. Tak payah tukar shot. Buat long shot yang berleretan. Dialog boleh didengar dari jauh. Aneh juga. Lebih aneh kerana aku tak tukar saluran. Sebab nak tahu isi cerita selepas itu. Pandai unit promo TV3 buat promo, hingga kita tertunggu nak tahu perkembangan cerita itu. Aku bukan peminat setia drama itu, tapi sebab promonya bagus, teringin nak tahu cerita seterusnya. Babak macam ini yang menggunakan long shot yang panjang pernah aku tonton dulu dalam drama Rabun. Masa itu ketika menontonnya aku rasa bosan dan amat sakit hati. Siapa yang bercakap? Shot luar rumah, tapi ada suara pasangan suami isteri berbual. Oleh kerana filem arahan Yasmin Ahmad tu aku nak tahu juga mengapa mendapat pengiktirafan, aku tonton juga. Aku hairan kenapa filem itu boleh dapat pengiktirafan…jangan marah Yasmin. Aku tak boleh tolerate long shot begitu. Letih dan penat tengok satu shot yang digunakan terlalu panjang durasinya.Tak kreatif langsung.
Akhbar kosmo hari ini 14 Mei 08, lebih menyakitkan hati aku. Kita kan negara Islam, perlu ke menyiarkan kisah artis wanita barat berusia 18 tahun yang mengandaikan dia jadi lesbian yang ingin meniduri Angelina Jolie? Perlukah akhbar kita menyiarkan berita yang bodoh dan kurang ajar itu? Apa yang hendak kita ajar kepada anak-anak kecil dan remaja yang membaca berita itu? Seolah perkara itu tidak apa dan boleh diterima umum. Bagi aku, biarlah barat nak buat benda itu, kita sebagai pengamal media tak perlu dedahkan perkara buruk begitu kepada pembaca kita. Anak gadis saya baru darjah enam, tapi suka membaca akhbar termasuk Kosmo. Nasib baik anakku tidak membacanya hari ini kerana demam, jika tidak pasti dia fikir oooooooo, perkara begitu biasa saja. Kosmo, tolonglah, kalau nak siarkan cerita artis, siarkan cerita yang ada unsur pengajaran sikit. Tapis-tapis sikit. Aku respect penerbitan anda, tapi kita kan ada social obligation???
Aku pernah bertugas di Unit Kawalan Mutu RTM tak lama dulu. Aku menilai drama, dokumentari, majalah, talk show terbitan syarikat swasta. Rata-rata mereka tahu, jika nak terbitkan program untuk RTM, pastikan shot mesti betul, menggunakan bahasa penerbitan TV yang betul, jika tidak pasti akan ditolak balik dan menerima komen panjang lebar daripada penilai RTM yang dikatakan ‘garang-garang’ belaka. Kami diberikan tugas, maka kami jalankan kerja kami mengikut profesyen kami. Kami dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia, kami bekerja bersungguh-sungguh. Malahan ada juga kalanya kami membuat post mortem program yang dihantar kerana ‘hancur’.
Penerbit swasta dipanggil ke RTM untuk kami beri komen dan mengenal pasti apa yang tidak harus dilakukan. Kami tak tolak mentah-mentah, tapi memberi cadangan memperbaikinya. Jika tak boleh juga diperbaiki, program itu akan ditolak dan tidak disiarkan. Jika ditolak, pasti tidak akan dibayar. RTM bukan tempat membuang sampah. Anehnya, ada juga drama yang ditolak di stesen kami, disiarkan di stesen lain? Kami tak hairan itu, kerana kami menjaga kualiti. Mesti ada mesej, falsafah dan pengajaran daripada sesebuah drama yang mahu disiarkan.Jika tidak, maaflah ya.
Unit Kawalan Mutu kami ini, selalu juga menjadi tempat ‘pihak atasan’ dan pihak luar marah dan seranah. Tapi kami melaksanakan tugas dengan tanggungjawab. Biar kami dimaki hamun, tapi kami ada prinsip. Masing-masing yang bertugas di bahagian ini mempunyai pengalaman dalam bidang penerbita TV lebih 20 tahun. Pihak yang memaki hamun tidak ada langsung pengalaman seperti yang kami ada. Jadi ‘marahlah, kami tak hairan’. Kami tahu kami lebih profeshional. Kami tak bias, kami bekerja kerana kerja itu ibadat. Kami tak mahu satu hari nanti, setelah kami tidak ada di dunia ini, kami disoal di akhirat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: