Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri…

Raya tahun ini paling menyeronokkan. Semua adik beradik balik beraya. Dari pagi hingga ke malam dapur tak pernah sunyi dikunjungi tamu…bukan tamu nak pergi ke ruang tamu, tapi terus ke dapur pulak. Nasib balik ruang dapur rumah kampung ini besar. Ditambah pula dengan satu ruang di luar siap dengan owning menjadi ruang makan baru.

Hari raya pertama, kedua dan ketiga, tamu dan adik beradik dan sanak saudara yang balik beraya tak kunjung henti. Hari raya pertama lemang dan laksa siam menjadi hidangan utama, hari kedua laksa lagi dan hari ketiga mee kari. memang penat juga berdiri seharian, tapi semua keletihan hilang begitu saja apabila melihat tamu yang datang..

Malamnya setelah semua masuk tidur aku tak leh tidur pulak. Try surf internet menggunakan maxis broadband, tak boleh pulak…kat kampung ini masih ketinggalan rupanya. Tak ada 3G. Tak bolehlah nak baca email ke, nak tulisĀ  di blog ke, tak boleh nak baca-baca apa-apa.

Akhir sekali mahu tak mahu tidur lah…

Hari ketiga ini, bila orang semua dah balik, akupun pegi rumah kakak nak surf internet. Nasib baik anak akak aku si Melor tu menggunakan Streamyx…promo nampak. Boleh lah tulis hari ini. Melor tolong dan ajar aku buka blog ini. Dulu pakai nama lain, tak ada yang nak bacapun…hari ini bila Melor dah ajar mak sedara dia ini, barulah dapat baiki blog aku ini…

Selamat hari raya kepada semua…oleh sebab penat, aku tak boleh tulis banyak hari ini…nantilah. Bagaiamanapun bacalah post-post yang terdahulu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: