SEMUANYA MAHAL..

Dah lama tak jengok blog aku ini. Tak ramai yang komen. Mungkin tak menarik? Jika anda terbaca blog aku, berilah komen. Ok, kalau tulisan aku ni panjang sangat, aku boleh pendekkan.

Zaman gawat ini, aku terfikir pulak, bagaimana agaknya orang kampung yang berpendapatan rendah, ibu tunggal yang punya ramai anak, mereka yang tidak ada kerja tetap nak hidup dengan harga barang makanan yang semakin mahal? Kita yang bekerja tetap ini pun dah rasa azabnya. Bayangkan dalam seminggu aku mesti peruntukkan seratus tiga puluh ringgit untuk minyak kereta (RM130.00 x 4 minggu = RM 520.00 sebulan). Duit tol pula sehari pergi balik dari rumah ke tempat kerja RM6.80 x 22 hari dah jadi RM150 sebulan. Minyak petrol campur dengan tol dah RM670.00 sebulan. Walaupun berpendapatan tetap, namun semuanya perlu berjimat, dengan seorang anak saja yang masih bersekolah rendah. Jika tersilap perkiraan, tersasar bajet.

Teringat ketika aku tinggal dan bekerja selama lebih 4 tahun di Jepun. Memang semuanya mahal, tetapi gaji tinggi, berkali ganda daripada gaji di Malaysia. Namun harga barang-barang semuanya mahal. Sewa rumah saja dah hampir RM5,000 sebulan. Parking kereta juga mesti dibayar. Sebulan RM800. Di Jepun semuanya mahal, tetapi ramai rakyatnya mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai. Siang bekerja dengan syarikat lain, malam buat part time dengan syarikat lain. Rajin juga aku bertanyakan kepada rakan-rakan di sana, tak penatnya kerja begitu? Apa nak nak penat, duit masuk banyak. Belanja tinggi, tapi income banyak. Jika tak kuat bekerja, nanti hutang keliling pinggang. Di Jepun tak ada istilah malas, mesti rajin bekerja. Jika tidak, hancur hidup.

Sayangnya di Malaysia, ramai sangat orang asing yang mengambil peluang kerja orang tempatan. Di restauran mamak, orang India atau orang dari South Asia yang bekerja. Orang tempatan tak nampakpun. Kita boleh tahu kalau mereka itu orang asing, tanya beberapa soalan tak faham. Yang mereka tahu nama menu di restauran itu. Selebihnya jika kita tanya menu yang tak pernah mereka dengar, geleng kepala saja jawapan yang diberi. Kalau ramai sangat orang asing bekerja, macam mana orang tempatan nak bekerja mencari wang sampingan?

Bayangkan jika pendapatan bulanan seorang warga Malaysia RM2,000 sebulan. Jika tinggal di KL, bayar duit sewa rumah, duit minyak petrol, bayar ansuran kereta, akhir sekali duit nak makan pun tak cukup…Kalaulau keizinan diberi untuk kakitangan kerajaan membuat kerja sampingan tentu dapat me legakan sikit beban ketua keluarga. Peluang kerja di kedai-kedai makan seperti pelayanpun, boleh menambah pendapatan. Penat sikit, tapi kalau sekadar dua tiga jam, why not? Kalau orang Jepun boleh bekerja kuat, kenapa tidak kita?

2 responses to this post.

  1. Posted by milahe on October 16, 2008 at 10:04 am

    mmg hidup memerlukan duit tapi jgn jadi hamba kepada duit. yg penting niat kita bekerja kerana Allah dan utk mencari rezeki yang halal kepada anak2. selamat menulis. saya jugaminat menulis…

  2. Memang betul kata milahe…kita jangan jadi hamba duit.
    Namun duit juga boleh membawa bahagia. Nak beli rumah, nak beli kereta, nak beli pakaian, nak beli semua keperluan hidup. Bekerja kuat untuk mencari rezeki yang halal juga adalah ibadat.

    Terima kasih atas komen anda. Juga ucapan selamat menulis anda untuk saya, memberikan saya semangat untuk terus menulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: