CINTA DI TOKYO (PART 2)

Setiap hari berjuta tan sampah dikeluarkan oleh penduduk daerah ini, namun mengapa Tokyo masih bersih dan susah nak jumpa sampah bertaburan, kecuali di lorong belakang jalan ke Shibuya? Itupun kerana gagak-gagak yang lapar dan semakin mengganas mencari makan di lorong-lorong itu. Jalan mudah mencari makanan ialah dengan mengais dan mematuk sampah-sampah di dalam beg-beg plastik hitam yang dihimpunkan di tempat pembuangan sampah. Pandai pulak gagak-gagak itu mencari masa sesuai mencari makanan. Hari Selasa dan Khamis, hari pembuangan sampah dapur. Jikalau tidak kerana gagak-gagak yang ganas ini mencari makanan, mungkin Tokyo jauh lebih bersih…

 

Alisa masih ingat, mula-mula sampai di Tokyo, dia telah diperingat oleh Hori san, rakan sekerja merangkap pegawai yang ditugaskan oleh stesen radio tempatnya bekerja supaya ingat jadual hari-hari tertentu untuk pembuangan sampah. Kerana sampah-sampah mesti dikelaskan mengikut kategori masing-masing. Hari Isnin boleh buang kaca, hari Selasa dan Khamis, boleh buang sampah dapur, kertas dan sampah yang boleh dibakar. Hari Rabu pula plastik. Cepat-cepat Alina  mencapai kertas dan mencatatkan jadual pembuangan sampah. Namun dia masih tidak pasti, bimbang, jika Hori san tersalah cakap atau dia yang tersalah dengar. Esoknya dia meninjau-ninjau kawasan persekitaran tempat tinggal barunya di bumi asing itu. Dia mundar mandir, terjengok-jengok macam pencuri… Mana agaknya tempat buang sampah ini? Fikirnya.

 

Aini, anaknya yang baru berusia dua tahun setengah masih tidur nyenyak dibuai mimpi indah. Begitu juga dengan Aishah, anak saudaranya yang baru mencecah usia 16 tahun, yang baru tamat peperiksaan tingkatan tiganya. Kini sedang terfikir-fikir ke arah mana dia mahu mengejar cita-citanya yang tidak pasti lagi, nak sambung pelajaran dalam bidang syariah ke, atau dalam usuluddin ke atau dalam jahit menjahit.

 

Fikirannya menerawang jauh. Dia ke dapur yang dipisahkan oleh dua keping pintu sorong berdinding kaca. Di pijakya karpet yang dibentangkannya ketika baru dibeli dari pusat membeli belah tak jauh dari Shibuya dengan harga 20 ribu yen, atau bersamaan RM 600. Mahal juga harga karpet yang dibentangkan didapur saja. Kalau di Malaysia tak sampai semahal ini. Mungkin separuh harganya.

 

Perlahan-lahan dia melangkah kakinya, bimbang kalau-kalau Aini dan Aishah terjaga pula. Dia melangkah ke ruang sempit menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Tapi paling dia malas nak masuk ke tandas… musim sejuk, kejap-kejap nak buang air kecil, fikirnya. Namun panggilan alam mesti ditunaikan. Satu lagi perkara yang paling dibencinya, tandas Jepun ini, tak ada paip di dalam tandas, kena bawa air dari singki. Sejuk pulak tu. Digagahnya juga menyentuh air yang dingin bagaikan ais batu. Agaknya dalam satu tahun, dah berapa gulung kertas tandas setiap orang Jepun pakai, fikirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: