CINTA DI TOKYO (PART 4)

Dia membaringkan dirinya yang terasa keletihan pula. Ditariknyanya selimut eletrik dan selimut tebalnya. Eh, baik aku tengok dulu budak-budak ini, fikirnya. Dia meninjau ninjau selimut anaknya Aini dan anak buahnya Aishah. Ditariknya selimut mereka supaya betul-betul menutupi tubuh monggel kedua insan yang amat disayanginya itu. Insan-insan yang menjadi pengubat hatinya yang parah pernah dilukai oleh seorang insan bergelar suami. Sehingga dia sanggup merantau jauh membawa hati yang luka ke bumi sakura. Disamping menyahut cabaran untuk bertugas di negara asing mencari pengalaman yang amat bernilai dalam hidup seorang wanita bergelar ibu tunggal yang pernah dilukai. Nasib baik Alisa mempunyai pengalaman yang panjang dan bekalan ilmu yang mencukupi untuk menyahut cabaran sebagai seorang tenaga profesional di badan penyiaran terbesar dunia di Negara Jepun. Dia juga ingin menambah pendapatannya yang selama ini hanya cukup makan walaupun telah bekerja dengan jabatan kerajaan berbelas-belas tahun, tidak seperti rakan-rakan yang sama-sama keluar dari satu universiti dulu, yang bekerja dengan syarikat swasta atau berniaga, pendapatan Alisa cuma cukup untuk membeli sebuah rumah dan sebuah kereta, Itupun berhutang hingga ke tua. Kini tawaran bekerja di Jepun, dengan pendapatan enam kali ganda dari di Malaysia dia mampu menghantar wang simpanan ke Malaysia hingga RM 10 ribu sebulan…Inilah yang dikatakan takdir, satu ketika aku terhimpit dan dilukai, satu ketika lain pula, Allah memberikan aku kelapangan dan aku melapangkan pula ibu dan saudara-mara yang memerlukan. Rezeki kurniaan Allah ini bukan untuk diriku sendiri saja, tetapi untuk dikongsi dengan saudara mara yang memerlukan. Fikir Alisa.

 

Esok, hari Sabtu, dia ingin tidur hingga ke siang. Selepas itu ke mana destinasi untuk dilawati di bumi sakura akan difikirkan nanti. Matanya semakin berat, dan Alisa terlena dalam dakapan kasih anaknya Aini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: