Belajar daripada generasi muda…

Hari ini teman belajar satu perkara yang teman lupa nak amalkan. Kedengaran tak penting, tapi sebenarnya banyak pengajarannya. Teman dah masuk bilik dan sedang blogging. Telefon berbunyi, rupanya anak saudara jauh di sebelah emak teman, (dari satu moyang) menelefon nak berkunjung ke rumah. Amin (34 tahun) serta isterinya dan anak-anaknya yang masih kecil serta adiknya Mohd Noor yang berusia 32 tahun dengan isterinya dan anak-anaknya yang sebaya dengan anak Amin akan sampai sebentar lagi. Tak sangka, budak-budak ini sudi berkunjung ke rumah,walaupun bukanlah saudara terdekat. Tapi teman rasa sungguh bangga, kerana mereka tetap menjalin silaturrahim dengan teman dan keluarga dan juga dengan adik teman yang tinggal sebelah rumah, Maznah dan keluarganya. Syukur generasi muda masih mahu mengamalkan budaya kunjung mengunjungi walaupun mereka dibesarkan di kota metropolitan dan dibesarkan dalam keluarga campuran Melayu Cina.

Hatiku berbunga menerima kedatangan mereka ke rumah. Sungguhpun last minute, tapi sempat juga teman masakkan kueh karipap dan menggoreng chicken nugget untuk mereka. Gembira sungguh wajah mereka. Teman juga rasa gembira menerima kunjungan pertama kali mereka yang teman temui ketika balik ke kampung berhari raya baru-baru ini.

Malu juga teman kerana tidak mengamalkan budaya kunjung mengunjung ini…yelah kita bekerja, asyik dengan kerja dan asyik memerap di rumah dengan internet. Tak perlu malu rasanya mengaku bahawa kita terbawa dengan budaya baru berinternet hingga lupa persekitaran dan budaya yang baik…Nah, aku belajar daripada kamu anak-anak muda!

Terima kasih anak-anak! Mungkin esok, hari minggu akanku mulakan kehidupan yang lebih berkualiti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: