CINTA DI TOKYO(PART 6) “Nak balik Malaysia!”

Tiba-tiba dia terjaga daripada tidur yang lena. Gegaran kuat mengejutkan dia dari tidur. Sepantas kilat dia memeluk anaknya yang tidur di sebelah. Dipeluknya Aini erat sekali. Dia rela mengorbankan nyawanya demi anaknya yang seorang ini.

Tokyo bergegar lagi. Bunyi gegaran seperti nak kiamat. Apakah kali ini aku akan tenggelam dalam runtuhan? Otaknya berputar ligat. Terasa rumahnya bergoyang. Lampu yang tergantung berpusing-pusing laju. Nyata gempa bumi berlaku lagi. Ini kali yang ke berapa agaknya? Dalam sebulan ada dua atau tiga kali Tokyo bergegar. Kali ini lebih kuat daripada biasa.

“Ya Allah, selamatkan kami!” Alisa berdoa dan berdoa. Dipeluknya Aini seerat yang mungkin. Nasib baik Aini tidak terjaga. Masih lena dalam dakapan erat ibunya Alisa.

Alisa mencapai beg tangan yang diletakkan di sebelah kepala. Hori san pernah berpesan, letakkan dokumen penting dalam satu beg dekat tempat tidur. Jika berlaku gegaran ketika itu, kita boleh capai dengan tangan. Ini penting, katanya. Jika berlaku apa-apa, mudah baginya mencapai beg yang mengandungi pasport, alien card, buku bank, kad kredit dan sebagainya itu.

Setiap kali berlakunya gegaran gempa bumi di Tokyo, setiap kali itulah rasanya dia mahu terbang balik ke tanah air. Namun, apabila gegaran itu terhenti, ingatan itu hapus lagi.

Alisa tak mahu mengalah dengan gegaran gempa bumi ini. Kerana gegaran yang lebih dahsyat pernah dilaluinya. “Aku ceraikan dikau dengan talak satu!” Itu gegaran yang paling dahsyat yang pernah didengarnya sebelum ini. Justru walaupun dia rasa macam nak balik ke Malaysia apabila berlaku gegaran gempa bumi yang menggerunkan di bumi sakura ini, namun keinginan itu mati sebaik saja gegaran tamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: