CINTA DI TOKYO (part 7) “Tokyo, aku di sini!”

Dia masih ingat, ketika baru sampai ke lapanganterbang Narita bersama-sama anak kecilnya yang berusia 2 tahun setengah dan anak saudaranya Aishah gadis cantik berhidung mancung, persis hidung orang Arab itu, dan anak abangnya yang baru mencecah 16 tahun itu, hatinya berbunga riang. Namun dia sedikit gelisah, bukan takut kepada suasana baru ditempat orang kerana dia telah banyak mengembara di merata dunia. Dia merasa resah kerana rupanya cuaca di negara matahari terbit dalam bulan Ogos itu panas sungguh. Lebih panas daripada cuaca di Malaysia. Panas itu membahang rupanya. Rasa kehangatan ini sungguh memeritkan dan meresahkan. Apakan daya, dia tiba di negara sakura ini dalam musim panas. Panas yang teramat panas!

Sementara Aishah menjaga Aini, Alisa mengambil beg-beg yang besar dan berat di tempat beg. Disusun satu persatu. Kemudian mereka melalui ruang kastam, yang tidak banyak bertanya…”Iraishemashe…” Kata pegawai kastam kepada mereka. Dia hanya tersenyum. Tak faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki Jepun yang masih tersenyum itu. Dia membalas senyuman itu. Bagus orang Jepun ini. Menegur manis. Sayangnya dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

Selepas laluan kastam, dia ternampaknya namanya tertulis besar di kartu besar “Welcome Alisa san, NHK” Baru dia tahu rupanya egen yang dilantik oleh NHK, stesen radio yang bakal menjadi tempat dia bekerja nanti telah menunggunya. Kemudian dia dibawa ke sebuah bas yang sedia menunggu. “The bus will take you and your family to Keio Hotel, in Shinjuku, Tokyo, Alisa san and Hori san from NHK will be waiting for you there!!” Kata wanita Jepun berpakaian kemeja putih berskirt biru kemas itu. Begnya diberi kad tanda nama dan tertulis juga “Keio Hotel, Shinjuku.” Dia mengucapkan terima kasih kepada Watanabe san, egen yang dilantik oleh NHK untuk menguruskan dia di Narita Airport.

Bas meluncur laju. Tidak ramai yang menaiki bas itu. Seingat Alisa, cuma dia, Aini dan Aishah serta sepasang mat saleh yang agak berumur. Diperhatikan keindahan laluan ke kota Tokyo dari Narita. Rumah-rumah Jepun tersusun kemas. Rapat-rapat. Kehijauan tumbuhan, bukit-bukit dan perkampungan moden tersusun indah menghiasi sepanjang jalan.  “Tokyo, here i am” Detik hatinya. Tidak lagi ada ingatan terhadap Malaysia. Dia merasa lapang untuk menghadap masa depan yang diharapkan  indah baginya dan anaknya di kota Tokyo yang penduduknya berjumlah sama dengan seluruh rakyat Malaysia itu…Agaknya mana satu pokok sakura ya? Detik hatinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: