CINTA DI TOKYO (Part 8) “Hori san…”

Bandar Shinjuku di Tokyo telah dimasukinya. Huh hebat sungguh bandar ini. Di sepanjang jalan, kelihatan ada saja orang berjalan kaki, berbasikal dan berkereta. Semakin dia memasuki pusat bandar, semakin sesak bandar ini dengan bangunan-bangunan tinggi dan rapat-rapat. Jejantas dan laluan bertingkat sama tinggi dengan bangunan berpuluh tingkat. Laluan bertingkat itu nampaknya berputar dan berbelit. Nun jauh di bawah sana, rumah-rumah Jepun kelihatan kerdil dan comel. Bersesak dan rapat-rapat. Bangunan-bangunan tinggi juga tersusun rapat.

Bas yang dinaikinya bergerak semakin perlahan. Kenderaan semakin bersesak-sesak. Dia melihat jam…wah, dah dekat empat jam tak sampai lagi. bukan kerana jauh, tapi kesesakan di jalan raya di kota Tokyo ini. “From Shinjuku, I will take you to Shibuya-ku.” Dia masih ingat kata-kata Hori san melalui telefon tempoh hari.

Hori san baginya seorang lelaki yang amat sopan. Dia mengenali Hori san ketika menjalani temuduga untuk mendapatkan jawatan hebat di NHK ini. Hori san yang menjalankan ujian suara, ujian bertulis dan temuduga bersemuka ketika di KL empat bulan lalu.

Welcome to Tokyo Alisa san!” Terpacul wajah tampan Hori san sebaik saja bas berhenti dan pintu bas terbuka. “How’s the trip?”.

“The trip was ok, but the weather is too hot over here compared to KL” Rungutnya tentang cuaca musim panas di Jepun kepada Hori san. Alisa kedengaran agak kesal.

Jejaka Jepun itu tersenyum. “Yes, it’s almost 40 degrees centegrate today!” Kata Hori san. Patutlah panas sangat. Air cond dalam bas bagaikan tak cukup untuk mengurangkan kehangatan cuaca itu. Hori san mengangkat beg-beg besar milik Alisa ke dalam dua buah teksi yang menunggu. Dia masih ingat, Hori san terkejut sangat kerana dia membawa lima buah beg besar yang teramat berat. Mana tidaknya. Dia terpaksa bayar excess luggage sehingga hampir 3 ribu ringgitlah.

I have read in the internet, that a big size woman like  me can’t get big size clothes  easily here in Japan…That’s why I brought lots of clothes from Malaysia” Celah Alisa tersipu.

‘Really? But you are not that big” Hori san mengambil hatinya kot? Fikir Alisa. Mereka ketawa bersama.

Aini chan, Aishah san! Ogengi desuka?” Tegur Hori san. Aini memeluk Alisa. Aishah bersalaman dengan Hori san. Mata Hori san terpaku melihat Aishah  yang cantik. Aishah tersipu malu.

Alisa san, Aishah  san is very beautiful…very beautiful…kawai desio.” Kata Hori san beberapa hari selepas itu. Bangga juga hati Alisa mempunyai anak buah yang cantik begitu. “Aini chan comel sangat.” Itu kata-kata pertama Hori san tentang Aini. Pandai juga dia berbahasa Melayu.

Di Jepun ini orang yang paling rapat dengan Alisa selain Aini dan Aishah ialah Hori san. Hori san temannya, Hori san sahabatnya dan Hori san penerbit di NHK yang amat baik, sopan, berbudi bahasa itu banyak membantu Alisaa menyesuaikan diri di kota metropolitan itu. Setiap kali berjumpa sesiapapun, dia akan menunduk nunduk. Kenangan bersama Hori san yang baik tidak akan dilupakan hingga akhir hayatnya, kerana pemuda Jepun ini teramat baiknya dan sedia membantunya bila-bila masa saja…Hori sanlah yang menjadi “kawan baik” Aini selepas itu dan hingga beberapa tahun di Jepun. “Aini chan kawan baik saya yang paling kecil!” Kata Hori san satu hari ketika dia bermain dan berguling-guling dengan Aini yang berusia dua tahun setengah itu di atas tikar tatami di rumah Jepun Alisa ketika menghantar sekampit beras yang dia tolong belikan untuk Alisa pada hari ketiga mereka sampai di Tokyo dalam musim panas pertama di negeri sakura itu.

2 responses to this post.

  1. Posted by ayu on January 21, 2013 at 6:30 am

    assalamualaikum…kak rasa mcm terbang ke jepun je baca cerita akak ni.insyaALLAh selepas pergi mekah sy ingin ke tokyo…one day…insyaALLAH.
    saya mmg suka jerita cepun terutamanya lakonan takuya kimura.mula nak belajar bahasa jepun.tp sy buaknlah jenis yg ce[at belajar.insyaALLAH saya nak cuba.
    and best sgt kalau ada kawan seperti hori-san.akak mmg bertuah

  2. Hori san memang rakan yang paling baik. Hingga sekarang dia masih ingat dan menghantar oleh-oleh dari Jepun . Dalam bahasa Jepun omeyagi khususnya kalendar NHK. Gambar-gambar dalam kalendarnya memang hebat. Hori san juga banyak mengajar bahasa Jepun kepada kakak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: