Khabar gembira…

Hari ini aku terima berita gembira daripada seorang kawan dan sahabat yang paling rapat denganku. Dia membawa khabar gembira buatku hingga aku mengalirkan air mata. Dia akan menunaikan ibadat haji di tanah suci November ini. Ya Allah, betapa engkau Maha Mendengar dan Maha Penyayang. Temanku seorang yang baik dan berhati mulia akan ke tanah suci.

Masih teringat, beberapa bulan lalu, selepas aku balik dari tanah suci menunaikan haji, temanku itu berkata “Alangkah ruginya diri kita jika kita mati, tapi tak sempat menunaikan haji di Mekah. Kita ini mampu beli rumah, beli kereta dan lain-lain. Tapi  haji kita belum laksanakan.” Betapalah Allah itu Maha mendengar. Cita-cita dan niat murni sahabatku itu akhirnya ditunaikan. Sah dia telah mendapat tarikh pemergiannya pada bulan November nanti. Dan tahun ini juga beliau yang pernah beberapa tahun melanjutkan pelajaran di Amerika hingga peringkat tertinggi telah mula memakai tudung. Caaantik sangat dia. Tahun ini tahun yang penuh bertuah bagi dia. Aku juga bertuah kerana mempunyai kawan yang baik sepertinya. “Doakan aku ketika di tanah suci nanti ya.” Kataku. “Kau juga doakan aku selamat di sana.” Balasnya. Inshaallah. I love you dear!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: