CINTA DI TOKYO (Part 17) “Ayumi Hamasaki”

Siapakah wanita yang cantik sangat ini? Di mana-manapun di kota Tokyo yang mempunyai 23 bandar besar ini ada saja wajahnya terpampang. Di stesen keretapi, di dalam keretapi, di dinding bas, di bangunan besar, bangunan kecil, lorong-lorong, di paparan digital gergasi di persimpangan paling sibuk di dunia di bandar Shibuya-ku, atau di bandar Shinjuku, atau di mana-mana saja di seluruh Jepun wajahnya ada di mana-mana.

Pusing kiri, pusing kanan, nampak wajahnya yang cantik menawan. Namun hati Alisa berkata, dia ini macam perfect sangat. Matanya yang besar dan galak, hidungnya yang mancung dan cantik, raut wajahnya ayng agak comel, bibirnya yang nipis dan terukir bak limau merkah,  lehernya yang jinjang, badannya yang cantik molek, menarik hati Alisa. Tapi ada sesuatu yang nampak agak tidak original pada wajah itu…apa ya? Alisa tertanya-tanya.

Dia sering memutarkan lagu-lagu pilihan pendengar stesen radio tempatnya bekerja di Shibuka-ku, dan wanita ini ternyata ramai peminatnya. Itulah Ayumi Hamasaki, yang berwajah seperti anak patung ukiran tercantik pernah dilihatnya. Alisa hairan, mengapa suara yang sengau dan menja itu menjadi kegilaan peminat?

Wajah dan gambar wanita ini terpampang dalam pelbagai gaya. Hairannya, bukan saja memegang gajet atau peralatan berteknologi tinggi dan canggih keluaran terbaru di Jepun yang mempromosikan satu jenama, tetapi pelbagai barangan lain dengan jenama pelbagai. Semua orang berebut-rebut mahu wajah cantik ini menjadi duta mereka, termasuk kamera video terbaru. Yang nyata syarikat yang menggunakan khidmat wanita ini tidak akan kecewa, semuanya berpuas hati, kerana wajah itu wajah rezeki.

Alisa terus terfikir, apa istimewa sangat dengan wanita cantik awal dua puluhan ini? Dia lalu sering melayari internet untuk mencari rahsia wanita muda ini. Berbagai-bagai gambar dalam pelbagai pos telah diberikan oleh Ayumi. Awal tahun 2000 hingga kini, Ayumi sungguh hebat. Tup-tup, satu hari Alisa terpandang wajah wanita cantik itu dalam pos yang jauh berbeza. Terlalu jauh perbezaan di antara sekarang dengan zaman ketika baru akan bertapak dalam dunia peragaan dan nyanyian. Ayumi memakai bikini berjemur dan berposing dalam pelbagai pos. Tak ada keistimewaan langsung bagi Ayumi melihat wajahnya yang dahulu. Hidungnya pesek sama seperti wajah wanita Asia yang lain. Rambutnya hitam pekat, giginya berlapis. Itulah wajah sebenar wanita ini. Amat berbeza dengan wajahnya yang terkini. Alisa terfikir, inilah teknologi tinggi di dunia sekarang, boleh merobah wajah seseorang hingga menjadi idola ramai.

Hairan juga Alisa melihat gadis-gadis remaja berbaris panjang berbatu-batu jauhnya dari bandar Shibuya ke NHK yang terletak kira-kira dua batu itu. Untuk apa? Untuk melihat wajah idola yang mereka sayangi, termasuklah Ayumi Hamasaki. Tak kira panas, tak kira hujan, tak kira panas terik dalam musim panas yang teramat panas, tak kira cuaca sejuk hingga tulang sum-sum dalam musim dingin, mereka tetap setia berbaris untuk melihat kelibat idola mereka, baik lelaki atau perempuan. Selalu juga Alisa lihat senario itu di depan NHK. Walau tak dapat masuk ke bangunan NHK, mereka sanggup menunggu di luar bangunan. Biar sedikit saja kelibat artis idola mereka , itu sudah cukup memuaskan hati. Melihat kelibat artis itu, mereka cukup teruja hingga menjerit-jerit histeria. Alia bagaikan nak menutup telinganya ketika melalui di depan barisan panjang itu untuk masuk ke NHK.

Ketika mengendalikan surat pendengar, Alisa menerima pertanyaan tentang cukai pendapatan artis di Jepun. Alisa menjawab panjang lebar. Nama Ayumi tersenarai artis yang mendapat banyak bayaran dan pendapatan. Dia termasuk dalam senarai pembayar cukai yang tinggi di negara matahari terbit itu. Beberapa baris terbawah sikit daripada Hikaru Utada, penyanyi yang berpendapatan tertinggi di negara matahari terbit pada ketika itu iaitu di awal melenium hingga kini. Namun dari segi wajah, Utada memiliki wajah yang original wanita Jepun. Suaranya memang hebat dan ada kelas, malahan dia ada bakat menulis lagu dan mencipta lagu. Pernah menetap di New York dan belajar di sana bersama keluarganya yang merupakan orang seni. Ibu bapanya hebat dalam penulisan lagu. Orang muziklah katakan.

Ayumi? Hebat dari segi penampilan wajahnya yang dicipta manusia menjadi hampir perfect…itu yang terfikir dalam hati Alisa apabila melihat wajah wanita bernama Ayu itu (panggilan manja orang Jepun kepada Ayumi). Hebat sungguh pembedahan plastik ini. Fikir Alisa. Artis kita? Ada yang suntik botox. Ada juga yang buat pembedahan plastik. Tapi tak nampak seperti Ayumi yang berani mati untuk cantik…Apa-apapun, kita orang Islam mesti tidak boleh merobah wajah. Fikir Alisa.

4 responses to this post.

  1. 1st time dropping by: sy sgt ske Hikaru Utada suatu waktu dulu.dia comel. tp sejak dia kawen, dah kureng dah..sbb hubby dia x ensem.hahahha

  2. Alah, dik, tak kan cantik kawin sama cantik je…habis tu, gimana dengan orang yang tak hensem??? cian dia…

  3. Posted by ayu on January 21, 2013 at 8:35 am

    ayumi penyanyi trauma…bila dia bercakap sengau je tapi bila dia menyanyi…so prefect.pernah tengok concert dia di youtube…so nice voice.tak kurang juga dengan hikaru utada.dulu sy tak de lah suka sangat jepun.after kawin memang suka sangat.dari artis,music,anime,drama,kebudayaan….

  4. Kalau tengok wajah asalnya memang tak lawa pun, tapi teknologi moden telah mengubahnya. Tapi kita aorang Islam haram kalau nak ikut cam tu. Apapun, budaya Jepun memang hebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: