Apa kata Dr. Irfan Khairi, jutawan internet Malaysia

Orangnya kecil, comel, kacak lawa, peramah, tidak sombong, bijak bercakap, berilmu dan kaya raya. Setiap tuturnya adalah wang. Mengenalinya adalah satu perkara yang sungguh baik buat diriku, kerana dapat belajar bagaimana dia mencipta kejayaan.

Aku menyartai bengkel mininya Terhangat di Pasaran. Satu yang dapat aku pelajari daripada anak muda yang berwawasan tinggi dan kreatif ini ialah apabila bekerja kita mesti seronok atau “have fun”. Untuk menjadi kreatif kita mesti ‘have fun’ dan berfikir seperti kanak-kanak yang tidak ada had dalam pemikiran mereka.

Sebagai orang media yang berpuluh tahun menceburi bidang penyampaian maklumat, aku AMAT SETUJU dengan pendapatnya bahawa kita mesti seronok ketika bekerja. Beliau memberi contoh CORPORATE VS MEDIA. Kalangan media perlu kreatif dan tidak terikat, bebas dan santai. Beliau juga memberi contoh mengapa orang suka menonton program di ASTRO berbanding media kerajaan. Sebagai contoh RTM Vs ASTRO katanya. Di RTM suasana kelihatan berprotokol. Di ASTRO semuanya fun. Ada papan ping pong tempat karyawan melepas lelah dan bermain sambil mencari idea. Suasana cerah ceria.

Aku teringat ketika aku masih muda dan baru menyertai media eletronik tertua di Malaysia ini. Kami bebas ke cafeteria dan kantin apabila kerja selesai. DI Wisma TV dan Wisma Radio ada kantin. Di Wisma TV juga ada cafeteria tempat kita membawa tetamu kita untuk makan dan minum sambil berbincang tentang topik yang mahu kita perkatakan di udara nanti. Di sini para karwayan, wartawan, penerbit, penulis, artis,tetamu dan orang ramai bertemu dengan penyiar untuk mencetus idea. Malahan di sini juga tempat kami membuat parti meraikan majlis setelah tamat kursus dan sebagainya. Pendeknya ‘we have fun here’. Hasilnya kami menjadi kreatif dan seronok bekerja.

Teringat ketika di NHK di Jepun. Ada banyak cafe dan kantin di dalam bangunan 8 tingkat itu. Di tingkat G ada kantin dan cafeteria. Di tingkat 3 ada cafe. Di tingkat 5 ada kantin besar dan sebuah cafe. Di tingkat 7 bangunan 8 tingkat ada mini cafe yang menempatkan kerusi meja untuk minum kopi waktu pagi atau petang. Ada vending machine menyediakan pelbagai jenis minuman. Ada vending machine yang menyediakan makanan yang boleh dipanaskan seperti roti atau ban, sandwich, onigiri (makanan Jepun diperbuat daripada nasi Jepun yang digumpal dan di dalamnya ada ikan tuna atau salmon, atau juga daging dan sebagainya.) Di tingkat 7 tempat kami bekerja juga ada  coffee corner. Di cafe yang agak kelas di tingkat 5, apabila ada tetamu, kami berbincang sambil minum kopi panas dan sepotong dua kek keju atau kek buah labu, huh, sedap dan nyaman sekali. Rasanya suasana santai itu mencetuskan banyak ilham dan idea kepada orang seni seperti kami. Warga kerja tidak dikongkong, dan kami dapat berkarya dengan baik. Setiap orang ada komitmen yang baik. Apabila bekerja, kami bekerja dengan bersungguh-sungguh. Pokoknya kepercayaan yang diberi digunakan sebaiknya untuk memberi hasil terbaik untuk organisasi.

Kini di RTM tidak ada lagi cafe. Kononnya kerana orang RTM banyak menghabiskan masa di sini. Yang ada cuma kantin. Letaknya pula  jauh daripada bangunan tempat bekerja. Dalam pejabat yang sempit kami bergerak dan berkerja. Kalau rasa lapar, otakpun tak boleh berkarya. Kalau tak pergi ke kantin ke mana lagi? Kantin jauh juga. Nak berjalan agak jauh dan memakan masa…entahlah!!!

Aku berharap, suasana ini akan berubah. Tapi bagaimana? Nak wujudkan cafe seperti dulu? Ruang tak ada. Makin lama, makin sempit tempat kami bekerja…Lalu bagaimana nak berkreatif?  Sekurangnya jika kami ‘have fun’ tentu hasil kami lebih kreatif…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: