Aini dapat 5A…

Wah tak sangka pulak aku, walaupun selalu ditinggalkan, Qurrata Aini masih mampu mendapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya baru-baru ini. Tanggal 13 November 08 mencatat sejarah buat aku. Maklumlah, anak seorang je. Pulak selalu ditinggal-tinggalkan. Aku selalu terpaksa meninggalkan dia sejak dari kecil kerana bepergian ke outstation kerana mesyuaratlah, menghadiri seminarlah, bengkellah, kursuslah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dalam seminggu itu ada sehari dua di rumah, kemudian terbang lagi. Aini terpaksa ditinggalkan di rumah dengan kakak angkatnya, atau kadang-kadang ditinggalkan di rumah PA aku di Pulau Pinang. Bulan Desember hingga Januari tahun ini, aku tinggalkan Aini di kampung dan kemudian bersama pembantu. Aku menjalani ibadat haji dan Aini aku tinggalkan selama lebih 57 hari.

Sejak kecil lagi, begitulah hidupku dan Aini. Maklumlah aku ibu tunggal yang berkerjaya. Mahu tidak mahu, itulah hakikat yang perlu diterima. Ketika menjadi Pengarah di kawasan utara, aku selalu terbang ke KL, ke Sabah, ke Sarawak, ke pantai timur, ke negeri-negeri di utara yang lain, jadi hidupku dan Aini menjadi sedikit menyedihkan. Aku sedih kerana terpaksa meninggalkan dia sendirian tanpa kasih sayangku. Namun semuanya menjadi mudah, kerana ramai yang ikhlas membantu. Rohani, bekas PAku menawarkan diri membawa Aini ke rumahnya ketika aku outstation. Kak Rohani (Nama sama dengan Rohani PA) juga sanggup membawa Aini ke rumah mereka bergilir dengan Rohani. Mereka masing-masing mempunyai anak perempuan sebaya Aini, tetapi muda setahun daripada Aini. Jadi Aini ada teman baik sepanjang aku bertugas di Pulau Pinang dulu (September 2006 hingga Jun 2008). Aini membesar tanpa kasih sayang ayah, kerana aku berpisah dengan papanya ketika Aini masih berusia 6 bulan. Tetapi Alhamdulillah, semuanya menjadi mudah berkat doa dan bantuan ramai yang baik-baik di sekelilingku.

Eja, anak angkatku, pelajar sebuah universiti swasta di Pulau Pinang, Dia sanggup menjaga AIni sepanjang aku ke outstation. Kekadang jika Eja tidak dapat berada di rumah kerana ada urusan lain, Aini akan ke rumah Rohani PA atau kak Rohani. Eja mengambil jurusan perguruan di universiti dan major dalam pengajaran Maths. Jadi jika Aini ada masalah maths Eja akan membantu. Kadang-kadang jika aku ada di rumah, Aini menanya soalan maths, aku tak dapat nak selesaikan, Eja yang akan bantu. Mudah saja nampaknya bagi Eja, ada gaya seorang guru maths yang baik. Aini selalu cakap “Mami ini tak pandai maths…tak payah tanya mami.” Aku memang tak pandai maths. Maths sekolah rendahpun aku dah lupa. Tapi kalau bagi subjek penulisan, aku pakar. Justru tak hairanlah Aini mendapat tempat teratas di sekolahnya dalam subjek Penulisan. Hingga dapat hadiah dalam subjek itu di sekolah semalam. (14 November 08), hari terakhir persekolahan tahun 2008.

Lina anak Rohani PA dan Lia anak kak Rohani masing-masing berjasa kepada AIni. Mereka teman rapat Aini yang memberi kasih sayang kepada Aini. Semuanya tidak akan aku lupakan.

Begitu juga dengan Mamu, yang selalu mengambil dan menghantar Aini ke sekolah, juga Chandra, semuanya banyak berjasa kepadaku dan AIni. Aku hanya mampu berdoa semoga mereka ini mendapat rahmat daripada Allah kerana banyak membantu aku sepanjang aku bertugas di Pulau Pinang.

Tahniah juga kepada para guru yang mengajar Aini ketika di Pulau Pinang, iaitu Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus (September 2006- Mei 2008) dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi yang berjaya mengasuh anakku menjadi anak yang cemerlang!!! Juga tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat 5A. Kepada yang tidak berjaya mendapat 5A, anda juga cemerlang. Jangan putus asa, cuba lagi dan inshaallah, anda juga akan berjaya. Hari masih panjang…

7 responses to this post.

  1. Posted by muahmmad nur b abd manaf on November 23, 2008 at 10:49 am

    assalamualaikum..
    tahniah lew mak ndak ,baru je thu psl hal ni.huhuhu(*_*)

  2. Posted by muahmmad nur b abd manaf on November 23, 2008 at 10:50 am

    semoga trus sukses,,,

  3. eh mamat, shukran jazila…doakan aini terus berjaya…

  4. hehe
    makndak nak tau macamana si mamat ni jumpa blog makndak?
    ha, saye le yang buat marketing..semalam mamat ngan echah balik kampung, kitorang online kat rumah kak eda, semua pakat baca blog makndak kuat2 huhu. blog makcik pun kami gi jugak.

    tahniah ye kat aini, bukan senang jadi anak tunggal kepada ibu tunggal. begitupun aini buktikan dia boleh berjaya. semoga aini terus sukses dimasa hadapan🙂 muah!

  5. Hai melor, arigato gozaimasu. terima kasih banyak. wah, bagus melor tolong promosikan blog mak ndak ini. semangat mak ndak nak tulis yang lebih menarik.

  6. Posted by cyanea on December 23, 2008 at 5:26 am

    hi….tahniah kat aini….

  7. Posted by Usagi on December 29, 2008 at 3:38 am

    arigato gozaimasu, tak sangka Aini boleh dapat 5A.
    walaupun kedatangan sekolah boleh dikatakan ada yang kosong.
    he he, biasa la alasan tak ke sekolah.
    tapi ada jugak hal yang tak dapat dielakan.

    Apa-apa pun semoga berjaya untuk masa hadapan.

    p/s : what happen to your blackkey?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: