Archive for December, 2008

Ibadat haji..

Musim haji tahun ini sudah sampai ke penghujungnya. Jutaan jemaah telah mula berlepas pulang ke negara masing-masing. Penerbangan demi penerbangan telah dijadualkan. Sanak saudara menanti kepulangan ahli keluarga yang mengerjakan haji dengan hati yang penuh gembira.

Sedar tak sedar sudah satu tahun berlalu. Tahun 2007/2008 aku mengerjakan ibadat itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapanku, semoga mendapat haji yang mabrur.

Teringat ceramah ustaz, bahawa kerja haji ini janganlah tunggu hingga kita dah berumur. Bagi yang mampu, elok dikerjakan waktu muda. Ibadah ini wajib. Tak baik ditangguh-tangguh dengan pelbagai alasan. Ramai  yang mampu, malahan lebih daripada mampu untuk ke Mekah mengerjakan haji. Tapi ramai yang mahu kerjakan haji apabila dah pencen. Sebenarnya jika kita buat haji waktu muda, lebih mudah. Kita bertenaga, tidak ada penyakit, dan malahan boleh tolong orang lain, kerana ada banyak tenaga. Jika dah tunggu hingga tua, kita tak tahu bila malaikat maut datang menjemput kita.

Jika tak mampu, nak buat macam mana? Tapi rata-rata kita yang berkerja ini, tunggu hingga dah usia mencecah lebih empatpuluhan atau limapuluhan atau lebih daripada itu. Tenaga dah kurang. Penyakit mudah serang kita jika berusia. Jika masih muda, dah kerjakan haji, hati lebih rasa lapang dan tenang. Eloklah kita galakkan anak-anak kita kerjakan haji ketika masih muda. Simpan duit, dan dahulukan yang wajib ini, inshaallah, hidup kita lebih bahagia. Kerana dah kerjakan rukun kelima ini.

Selamat pulang kepada jemaah haji Malaysia. Semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada yang belum mengerjakan haji, elok daftar nama di Tabung Haji, buat rayuan untuk pergi lebih cepat, jangan tunggu hingga tua ya.

Advertisements

Tak ada yang sambut Aidil Adha di Mid Valley?

Pagi tadi Aini mengajak aku ke Mid Valley untuk membeli hadiah hari jadinya yang ke 12. Dia mahukan jam yang cantik yang dilihatnya minggu lalu ketika ke sana dengan kakak sepupunya. Kami ke sana bersama dengan sepupu Aini – Alia dan Faiz. Suasana di sana memang gah. Ramainya pengunjung tak terhingga. Mengapa ramai sangat manusia? Bertali arus. Di tengah-tengah Mid Valley Megamall, dihias indah dengan pelbagai hiasan untuk sambutan Hari Krismas. Memang happening. Pelbagai bangsa ada di sana. Melayu, Cina, India, mat salleh, Arab, Indonesia dan pelbagai bangsa lagi. Di wajah mereka kelihatan teruja melihat hiasan di situ.

Kami berjalan laju di celah-celah manusia yang ramai itu. Setelah membeli jam, kami ke MPH untuk membeli buku. Ruang tengah sepanjang South, east, west dan north wing dihias dengan pelbagai rupa hiasan Krismas. Aku terfikir, alangkah sedihnya malangnya kita, esok hari raya Aidil Adha, sedikitpun tidak ada suasana hari raya di Mid Velly, sedangkan ini adalah Malaysia, Tanah Melayu, tanah airku, aku seperti berada di negara mat salleh. Seperti aku berada di London. Aku pernah lihat sambutan Krismas di London dan negara-negara Eropah yang lain, memang happening. Dan tadi, di sini juga happening. Hairannya di tanah air sendiri, tak ada pula orang menyambut Aidil Adha. Esok hari raya korban yang mulia, namun di KL seperti tidak bererti. Mungkinkah kerana di pusat membeli belah hebat ini tak ada ramai orang Islam yang berniaga, menjadikan  Hari Raya sendiri diabaikan?

Sama-samalah kita fikirkan, mengapa jadi begini???