Ibadat haji..

Musim haji tahun ini sudah sampai ke penghujungnya. Jutaan jemaah telah mula berlepas pulang ke negara masing-masing. Penerbangan demi penerbangan telah dijadualkan. Sanak saudara menanti kepulangan ahli keluarga yang mengerjakan haji dengan hati yang penuh gembira.

Sedar tak sedar sudah satu tahun berlalu. Tahun 2007/2008 aku mengerjakan ibadat itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapanku, semoga mendapat haji yang mabrur.

Teringat ceramah ustaz, bahawa kerja haji ini janganlah tunggu hingga kita dah berumur. Bagi yang mampu, elok dikerjakan waktu muda. Ibadah ini wajib. Tak baik ditangguh-tangguh dengan pelbagai alasan. Ramai  yang mampu, malahan lebih daripada mampu untuk ke Mekah mengerjakan haji. Tapi ramai yang mahu kerjakan haji apabila dah pencen. Sebenarnya jika kita buat haji waktu muda, lebih mudah. Kita bertenaga, tidak ada penyakit, dan malahan boleh tolong orang lain, kerana ada banyak tenaga. Jika dah tunggu hingga tua, kita tak tahu bila malaikat maut datang menjemput kita.

Jika tak mampu, nak buat macam mana? Tapi rata-rata kita yang berkerja ini, tunggu hingga dah usia mencecah lebih empatpuluhan atau limapuluhan atau lebih daripada itu. Tenaga dah kurang. Penyakit mudah serang kita jika berusia. Jika masih muda, dah kerjakan haji, hati lebih rasa lapang dan tenang. Eloklah kita galakkan anak-anak kita kerjakan haji ketika masih muda. Simpan duit, dan dahulukan yang wajib ini, inshaallah, hidup kita lebih bahagia. Kerana dah kerjakan rukun kelima ini.

Selamat pulang kepada jemaah haji Malaysia. Semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada yang belum mengerjakan haji, elok daftar nama di Tabung Haji, buat rayuan untuk pergi lebih cepat, jangan tunggu hingga tua ya.

2 responses to this post.

  1. seronok rasanya kalau dah lunas buat haji mcm mkndak. melor hrp ada kesempatan buat haji dgn makayah jg

    makndak, anis still kat umah makndak ke?
    blh bagi no tepon rumah dak?
    no melor: 019-462 9903

  2. Posted by khamsiah on December 24, 2008 at 9:23 am

    Haji ini sepatutnya dikerjakan pada usia muda. Malangnya ramai yang dah cukup syarat, tapi menangguhkan hingga usia tua. Rugi sebenarnya. Bagus kalau kita tunaikan ibadat ini sebaik saja cukup semuanya..mndak akan tepon melor dan bagi no tel umah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: