Odaiba…

Malas nak menulis hari ini…nantilah kalau rasa rajin nanti, aku update. Hari ini nak ke Mid Valley sebentar nak ke Maxis Center di situ untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertunggak. Jika ditangguhkan, beginilah jadinya.

Hari ini, pada awal tahun ini, terkenang saat-saat empat tahun di negara matahari terbit.  Jadi aku poskan gambar di Odaiba, Tokyo bersama Aini. Sekadar mengenang musim sejuk di sana beberapa tahun lalu. Aini ketika itu masih kecil…kini tahun 2009 dah masuk tingkatan 1. Semalam ke sekolah barunya dan cikgu disiplin memberi taklimat kepada semua ibu bapa. Katanya di antara yang terlarang di sekolah ialah ‘bercouple ‘/ berpasangan di antara pelajar lelaki dan perempuan yang menjadi satu masalah disiplin pelajar sekarang. Memang bermula daripada berkawan rapat nanti bimbang ke masalah sosial lain pula. Memang aku setuju seratus peratus. Apapun, nantilah akan kita bincang masalah remaja zaman ini nanti. Selamat tahun baru…kham-aini3

4 responses to this post.

  1. nak tukar gambar di sebelah kanan tu…hodoh sangat. tapi tak boleh pulak. apapun, akan kucuba…

  2. Posted by aini on January 4, 2009 at 3:43 am

    mami blog mami sket nye org..gambatte!! LoL

  3. selamat tahun baru…

  4. terima kasih gerektua. semoga tahun baru lebih bermakna buat umat Islam. semoga umat islam belajar daripada apa yang berlaku terhadap Palestin dan bersatu demi agama suci kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: