Apa kata Aini 2

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Ini adalah tulisan kedua saya di blog ini. Kali ini sy nak cerita skit tentang sekolah sy. Untuk pengetahuan anda sme, hari ni hari pertama saya di sekolah menengah. Sy nak berkongsi skit pengalaman sy hari ni.

Hari ini saya bangun pukul 9.30 pagi. Masih ngantuk lagi pun. Lepas tu baru sy ingat yg hari ni hari pertama sekolah. Tapi rilek-rilek la dulu, baru 9.30. Sy tanpa berfikir panjang, terus bangun dan melayari internet. Saya tengok fan fiction yg saya tulis. Oh, ada ramai org baca dah! Makin bersemangat nak tulis. Tapi x ada idea. Jadi tgk la fanfic org lain. Nak kata curi idea tu x lah, tp malas nak tulis>w<. Ini link ke fan fic saya -http://winglin.net/fanfic/LuvYaBummie/

Hehe bahasa Inggeris tu! Oke, sambung balik cite. Saya pun x thu nak buat apa lagi, terus turun bawah. Saya teringat, mana cermin mata saya? Hari ni sekolah nanti x nampak pulak apa cikgu tulis kat papan tulis. Cari punya cari punya cari, dah nak pukul sebelas dah. Saya pun putus harapan la nak cari cermin mata tu..Borang yg cikgu suruh buat x tampal kan lg ( salinan kad pengenalan dan sebagainya). Saya naik atas, terus ambik borang tu. Alamak, gam dekat bawah! Penatnya… Lepas ambik gam saya terus buat kerja.

Saya tangok jam, 11.15 dah. Turun bawah,  panaskan makanan dan bawa naik atas. Makan makan, dah 11.30. Basuh pinggan, naik atas dan mandi. Pakai baju, bersiap-siap, turun bawah dan keluar rumah. Tengok sekeliling pun tak ada siapa-siapa pun, jadi tunggu la 10 minit. Saya tengo ada ramai budak sekolah menengah, terus pergi.

Sampai sekolah, kena duduk dewan. Ada taklimat la pulak… 3 jam pulak tu. Lepas 3 jam tu cikgu suruh pergi surau solat zohor berjemaah. Saya pergi la surau dengan kawan saya, Azleen, Nabila dan Nik. Habis solat pergi dewan balik. Cikgu suruh beratur ikut kelas dan bergegas ke kelas masing- masing.

Masuk kelas berkenalan dengan guru kelas. Nama dia Cikgu Norwani Shamsuddin. Cikgu, kalau cikgu baca ni bagi hadiah kat saya tau! Hehe…. cikgu ni orangnya muda lagi. Pakai cermin mata, kulit putih mulus. Memang baik. Lepas sesi berkenalan dengan cikgu, rehat. Saya makan piza, roti dan air epal. Habis rehat pukul 4.00. Balik kelas cikgu bagi Jadual Kelas.  Lepas tu pergi bilik SPBT ambil buku teks. Cikgu pun tanya semua orang, buku ada berapa belas. Yang ada 16 angkat tangan. 17 pun angkat tangan. Yang 17 tu terlebih satu la. Lepas tu cikgu minta kod buku. Semua 16 buku tu ada kod yang sama setiap seorang. Lepas bagi tahu kod buku, baca buku. Sampai masa, solat Asar. Habis solat Asar, balik kelas dah ada  cikgu. Cikgu tu nama Cikhu Zahanita. Dia ajar Bahasa Melayu. Lepas dia bagi kerja rumah, balik rumah. buku teks berat sangat, jadi saya dahaga sgt. Jadi beli la  air sirap bandung. Balik-balik dah nak Maghrib. Ala… terlepas waktu main petang!

Itu la kisah saya di sekolah hari ni…Ada masa saya cerita lagi. Ni gambar kucing-kucing sya. Yang bawah sekali gambar Luna, adik bongsu Chipo. Hwaiting!

kham-020

kham-099

kham-189Kesian kena masuk dalam pencil box!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: