ARTIS MALAYSIA DAN BULU MATA PALSU…

Babak dalam rumah, malam, waktu nak tidur…matanya tetap control cantik, masih pakai bulu mata palsu yang melentik dan panjang.

Wajahnya kecil molek, tapi bulu mata palsunya hampir menutup wajah…tak nampak cantik tapi menyakitkan hati penonton.

Dia terlantak sakit di atas katil, mata dipejamkan, tapi bulu matanya yang panjang tak melahirkan simpati penonton, malah mengundang tawa…

Dia bergaduh dengan suami, hatinya runtun dalam satu babak, rambut palsunya berserabut, pakaiaannya tak terurus, namun dia masih contoh ayu…bulu mata palsu kelihatan merimaskan, bukan rimas dihatinya, tapi di hati penonton TV.

Banyak babak dalam drama Melayu mengetengahkan artis Melayu memakai bulu mata palsu. Bukan menjadikan drama itu lebih kelas, tetapi lebih “LOW CLASS” beb.

Kepada artis perempuan Melayu, original itu lebih ayu, cantik dan menawan. Kalau nak pakai bulu mata palsupun, biarlah kena pada tempat, mungkin dalam majlis artis seperti majlis anugerah atau parti, tapi jika dalam drama, menjadi gadis kampungpun nak pakai bulu mata palsu, lupakan. Begitu juga dalam babak di dalam rumah, waktu malam, dan tidur…tak kan tak buka bulu mata palsu? Aduhhhhhhhhh!!!! sakit mata memandang.

Ini baru kita cakap pasal bulu mata palsu…belum lagi rambut palsu yang tak cantik langsung, malah merosakkan kualiti drama atau filem…tengoklah juga filem barat, mana ada artisnya pakai bulu mata palsu sepanjang artis Malaysia? Kalau orang kampung, depa betul nampak macam orang kampung..itu baru kelas!

Bak kata Nabil, “Lu fikirlah sendiri!”

3 responses to this post.

  1. Memang jelas. Nak buat macam mana, dah make up artist itu di bayar.
    Teringat lakonan azza elite yang memenag watak budak sekolah menengah. make up tebal giler, dengan lip gloss dan bulu mata lentiknya. Ermmm, patutlah bebudak sekolah sibuk nak make up.

  2. terima kasih bayan atas komen anda. Terfikir juga kan? Tak ke artis ini boleh berfikir sendiri? Fikir logik sudahlah, tak kan budak sekolah boleh make up untuk ke sekolah? Tak kan orang kampung pakai rambut dan bulu mata palsu…

  3. Ya, menceritakan secara realiti itu lebih berkesan. Tapi jika realiti itu buruk usahlah papar dengan banyak. Bukankah TV memegang pengaruh yang besar dalam masyarakat. Apa salahnya menutup yang buruk demi sebuah kebaikan.

    Contohnya, dalam drama Tangisan Bulan Madu yang saya rasa amat baik dari aspek pengarahan, skrip dan pelakonnya. Namun, melihat situasi babak di sekolah di mana hampir keseluruhan cikgu tersebut tidak bertudung dan mewarnakan rambut, amat tidak baik untuk dipertontonkan walaupun ianya realiti. Kalaupun tidak bertudung, biarlah rambut yang asli dan berpakaian yang mengikut etika.

    Teringat satu filem dari Thailand bertajuk MO 8, kalau tak silap. Tentang dunia perguruan dan persekolahan. Hmmm… terasa sangat alam persekolahan di sana amat cantik dan murni, dengan guru yang sangat menjaga tatasusila dan kemas. Nampak bersih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: