“RUGILAH ORANG YANG HARI INI SAMA SEPERTI SEMALAM…”

“Rugilah bagi orang yang hari ini sama seperti semalam, tidak berubah” demikian kata Saidina Abu Bakar. Petikan kata-kata ini disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ravi dalam Forum Perdana TV1 malam ini. Beliau bercakap tentang konsep hijrah.

Justru sebelum tidur elok kita fikirkan apakah yang telah aku lakukan hari ini? Apakah bertambah baik daripada semalam? Jika tidak apa yang perlu aku lakukan untuk menjadi lebih baik? Dari segi perlakuan, bicara, tindakan, ibadah dan sebagainya.

Teringat ketika di Mekah awal tahun ini, ustaz yang mengetuai pakej kami sentiasa mengingatkan kami, selepas mengerjakan haji, jagalah tindakan dan ibadah kita. Sekiranya tidak berubah juga, atau amalan menjadi semakin kurang, itu tandanya kita tidak mendapat haji yang mambrur. Jika selepas ini, solatpun dilakukan di akhir waktu, itu tandanya kita tidak berubah, dan alangkah ruginya kita kerana kita tidak berubah…

Berhijrah dari segi perlakuan, meninggalkan yang mungkar, hati kita yang maksiat dan tidak diredai oleh Allah. Itulah pesanan ustaz.

Marilah kita berhijrah hati agar kita menjadi semakin baik dan baik dan baik. Setiap hari yang baru kita menjadi semakin baik. Baik dalam menghasilkan kerja di tempat kerja, baik dalam pengurusan waktu, kerja harian, hati dan segalanya. Paling penting, amalannya mencapai piawaian orang yang beriman. Buang sifat riak, cemburu, hasad dengki, sombong, tidak senang dengan saudaranya, buang penyakit yang merosakkan masyarakat Islam…HIJRAH dengan menginggalkan perkara mungkar dan isi hati yang maksiat dan tidak diredhai oleh Allah. Hijrah kerana ALLAH Taala. Kita datang dari Allah, kita kembali kepada Allah. Siapkan batin, takwa kita , maka bersih kita daripada sifat buruk dalam hati. Wallah hu alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: