CINTA DI TOKYO (Part 21): “AKIHABARA”

“Hori san, saya mahu beli kamera video”. Kata Alisa satu hari selepas menghabiskan rakaman Ulasan berita di studio di tingkat 6 NHK.

“Oh ya, nanti hari Sabtu kita pergi ke Akihabara” Pantas Hori san mencelah, ketika Alisa menyuarakan hasrat mahu membeli sebuah kamera video di Jepun.

Pagi pagi lagi Alisa, Aini dan Aishah sudah bersiap sedia. Hori san menunggu mereka di Shibuya eki/ stesen keretapi Shibuya, untuk menaiki Yamanote line, laluan berbentuk pusingan yang melintasi pelbagai stesen di seluruh Tokyo. Mereka mengambil tiket dan menuju ke Akihabara, melalui beberapa stesen lagi melalui Ebisu dll. Tidak sampai 20 minit dah sampai Akihabara.

Wah, hebat sungguh bandar yang terkenal dengan barangan eletrik terbesar di Jepun ini. Akihabara masih terletak dalam kota metropolitan Tokyo.  Beratus buah kedai menjual peralatan eletrik ada di sini. Pelbagai barangan ada. Yang tidak ada cuma barangan selain eletrik. Barangan yang dijual di sini semuanya berteknoligi tinggi. Hasil keluaran syarikat-syarikat Jepun yang gah dan terkenal dengan teknologi tingginya. Ramainya pengunjung ke sini tidak terkirakan. Pelbagai bangsa, rupa manusia ada di sini. Semuanya dengan satu tujuan, membeli atau melihat barangan eletrik keluaran syarikat Jepun yang tekini dan hebat.

Kalau Ueno, terkenal sebagai syurga membeli belah bagi barangan makanan dan pakaian, di kota Tokyo ini, Akihabara terkenal dengan barangan eletriknya pula.  Hebat tempat ini, fikirnya lagi.

Mereka melangkah dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Meneliti satu barangan ke barangan lain. Alisa ingin membeli itu dan ini, tetapi ditahannya hati dan kehendaknya. Bukan tidak mampu, tetapi memikirkan bahawa apakah dia perlu barangan itu? Akhirnya mereka menemui kamera video buatan Sony yang menggunakan ‘touch screen” yang canggih dan bagus. Harganya dalam lingkungan 135,000 yen atau lebih kurang RM4000.00.

Alisa terus merakamkan pelbagai perkara yang dilihatnya di bandar Akihabara yang popular itu. Dari peralatan eletrik yang besar hingga yang kecil, termasuk  patung kuching yang boleh bergerak menggunakan bateri. Juga orang ramai yang lalu lalang di situ.

Aini menjerit mahukan patung itu. Alisa membelikannya. Baru diam si kecil itu. Aishah membeli komputer riba second hand tapi masih baik.

Alisa teruja sangat berada di bandar eletrik itu.  Mahu saja dibeli pelbagai barangan, tapi dia mesti bersabar…wang mesti disimpan. Hori san tidak jemu membawa mereka dari satu kedai ke satu kedai lain. Lengoh juga kaki melangkah, namun keseronokan melihat barang eletrik di situ, menjadikan mereka lupa bahawa hari semakin petang. Sehinggalah hari hampir petang, mereka pulang dengan kepuasan hati yang teramat sangat.

Arigato gozaimasu Hori san” Ujar Alisa merakamkan terima kasih kepada Hori san yang baik hati.

Domo”  Balas Hori san.

Kamera video itu digunakan sebaik mungkin. Untuk membawa kenangan sepanjang di Jepun ke tanah air.

Mereka berpisah di eki, dan bagi Alisa, banyak lagi bandar Jepun yang akan diterokai oleh Alisa nanti.

Ja mata ne, Hori san!”

Ja mata!” (Jumpa lagi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: