CINTA DI TOKYO (Part 20): “Sepi di Yoyogi Kuen”

Entah kenapa hari ini hati Alisa rasa pilu. Dia betul rasa runsing, gelisah dan sepi. Musim luruh ini, sepatutnya Alisa gembira, kerana cuaca sudah mulai dingin. Daun-daun telah bertukar warna. Kuning, ungu, merah, coklat dan jingga. Semua warna ada, menjadikan alam sungguh meriah dan indah.

Tapi hatinya tetap resah. Setelah penat bekerja setiap hari dari jam 1 tengah hari hingga jam 9.30 malam, tiba hujung minggu Alisa sepatutnya rasa bahagia. Namun musim luruh itu dia terasa sepi dan kosong. Solat sudah dilaksanakan. Al Quran telah dibaca, apa lagi? Kekadang degupan jantungnya terasa kencang.

Apakah mak di kampung di tanah air sihat? Dia menelefon mak, “Mak sihat ke?”

“Alhamdulillah sihat. Kau dan Aini sihat?” Girang bunyi suara mak di talian telefon.

Kenapa hati ini rasa sepi?? Inilah pertama kali Alisa merasa sepi sangat. Pernah dia merasa sepi ketika Aishah meninggalkan dia dan Aini balik ke Malaysia minggu lalu. Juga dia merasa sepi ketika bercerai dengan suaminya dulu…tapi sepi kali ini terasa menggigit sekali hatinya.

Untuk sekian kalinya, dia  membawa Aini ke Yoyogi Kuen, taman terluas di Shibuya. Berjalan sepuluh minit dah sampai. Aishah dah balik Malaysia setelah tiga bulan di Tokyo. Dia perlu menyambung pelajarannya di Kolej Islam Perak. Tinggallah Alisa dan Aini di rantauan.

Sambil membimbing tangan Aini, kakinya melangkah perlahan dan longlai. Diperhatikannya dedaun maple yang merah menyala. Kecantikan warna daun maple masih tidak mengubat hatinya…Apa yang aku risaukan?

Alisa duduk di bangku di taman. Aini dipangkunya. Hatinya tetap bimbang.

Dia mengejar Aini yang ketika itu masih kecil berlari-lari di tengah padang yang rumputnya semakin kering. Musim sejuk akan tiba. Dedaun yang gugur bertaburan di bawah pohon-pohon di taman. Kekadang mereka duduk di atas rumput. Berguling-guling di atas rumput. Memang seronok bermain begini, namun hatinya tidak juga terhibur kali ini.

Jam empat petang, mereka balik ke rumah. Dah dekat maghrib. Musim luruh ini waktu maghribnya cepat. Dia mendapatkan waktu solat daripada Miko dan Hendra yang mendapatkannya daripada pusat Islam Tokyo.

Tiba-tiba telefon berdering. “Helo…” Alisa menjawabnya.

“Mak Andak jangan terkejut…ini ada berita dari kampung.”

“Apa? Berita apa? Mak  ke?” Alisa cemas. teramat sangat.

“Bukan, abang Lokman…” Suara Aishah terketar-ketar.

“Mengapa dengan Lokman?”

“Dia dah tak ada” Aishah terus menangis.

Alisa terduduk. Rupanya keresahannya tadi telah terjawab. Bahawa anak saudaranya yang disayanginya Lokman anak kakak sulungnya meniggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Dia menyangka ibunya yang mencecah usia 80 yang akan pergi dulu, kerana sering tidak sihat, rupanya Lokman yang baru mencecah usia 21 tahun. Syukur mak sihat, namun hatinya rawan kerana Lokman telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.

Dia terus menangis dan menangis…Gagang telefon terlepas dan Aini meluru ke arah ibunya. Dia memeluk anak itu…sendu. Dunia terayoyogi-park1sa sepi.

2 responses to this post.

  1. Posted by ayu on January 21, 2013 at 8:45 am

    kak saya tak tahu mengapa saya menagis.saya seolah2 merasai apa yang akak rasa…takziah kak…smg rohnya dicucuri rahmat.

  2. Ayu, tiap kali mengingat kisah itu kakak menangis.Arwah anak yang baik, seorang yang handsome dan manja dengan kakak. Rindu kepadanya. Semoga rohnya dirahmati Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: