CINTA DI TOKYO: Part 19: “UENO…”

Memulakan hari-hari di Jepun, Alisa rasa susah juga nak mencari makanan halal. Dia hanya membeli ikan segar di pasar mini berdekatan rumahnya. Sayur-sayuran segar mudah didapati, kerana ada sebuah gerai berhampiran rumahnya. Gerai itu terletak tidak jauh dari 7 eleven, orang Jepun panggil “Sebun Elebun”. Mula-mula Alisa, Aishah dan Aini selalu mengajuk perkataan itu, kerana iklannya di TV sering diputarkan.

Di NHK Alisa bertanya kepada Hendra, di mana boleh membeli ikan segar dan makanan import dari Malaysia, Thai dan sebagainya.

“Ueno” jawab Hendra.

Hujung minggu, Hendra dan Miko membawa Alisa dankeluarga ke Ueno. Wah sesak sungguh suasana di sana. Ramainya orang khususnya dari Asia. Di sini semua barangan dari Asia ada. Rempah, asam jawa, kicap halal, mee segera maggi, dan serba mak nenek lagi. Ikan segar dan ayam halal juga ada.

Wah, Alisa membeli sakan. Aishah membimbing tangan Aini, Alisa membeli sakan. Akhirnya barangan yang dibeli menjadi terlalu banyak dan berat. Alisa terpaksa meminta Hendra tunjukkan kedai beg. Dia membeli beg sorong beroda yang harganya cuma 1000 yen, atau RM30.00 untuk mengisi barang-barang makanan yang dibeli. Dia menganggarkan barang makanan itu boleh tahan hingga seminggu. Minggu depan dia akan datang ke sini lagi, menaiki Yamanote line dari Shibuya. Apa nak takut, Yamanote line ini laluannya berkeliling dan berbentuk bulatan bujur. Dari Shibuya melalui beberapa stesen, dan sampailah ke Ueno. Jauh juga fikirnya, dalam setengah jam lebih juga baru sampai ke Shibuya.

Setiap minggu dia akan di Ueno. Sampai satu ketika, Alisa berasa letih sangat. Kalau di Malaysia, bawak kereta, parking dan membeli belah di pasar segar. Di sini, terpaksa berjalan ke eki/ stesen keretapi dan menaiki keretapi dan berbelanja. Dia mesti mencari jalan lain. Bagaimana mendapat bekalan makanan halal tetapi mudah? Akan ku cari juga caranya. Fikir Alisa.

Berbelanja di Ueno memang menyeronokkan, tetapi penat. Melalui celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu bagaikan arus air mengalir laju tidak hentinya. Mereka ke Ueno sejak awal pagi, bergegas balik mengejar waktu solat. Dan sampai di rumah kaki terasa sakit sangat…Namun dia puas.

Ueno menempatkan banyak muzium seperti  Muzium Nasional Tokyo dan Muzium Sains Tokyo. Zoo juga ada. Nanti Alisa akan membawa anak-anaknya melawat zoo Ueno pula. Namun untuk kali ini, dia rasa cukup dengan membeli belah di situ. Penat tidak terhingga.

ueno-2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: