CINTA DI TOKYO (Part 21): “Mr Hussen & makanan halal…

Beberapa minggu berulang alik ke Ueno, Alisa rasa penat sangat. Tambahan perangai Aini semakin menjadi-jadi sekarang. Dah pandai minta itu ini. Kalau tak dibeli dia meraung kuat. Kalau nak dimarah, takut raungannya semakin kuat. Apa pula kata orang, nanti orang fikir Alisa mendera anak.

Dia bertekat. Kali ini mesti cari jalan. Alisa menemui Mr. Hassan, pakar bahasa Urdu dari Pakistan. “Excuse me  Hassan san, besides Ueno, where to get halal food here in Tokyo?” tanyanya. Ketika itu mereka sedang minum petang di tingkat 8. Alisa menghirup kopi panas yang dibeli dari vending machine. Dia juga menjamah onigiri, nasi kepal berisi tuna, yang dibungkus dengan nuri atau rumput laut yang boleh dimakan. Sedap.

Oh…Alisa san, I will give you the telephone no of Mr. Hussein. He’s a Pakistani who supply halal foods around Tokyo …and even outside Tokyo.”

Sejak itu Alisa memesan makanan halal daripada Mr. Hussein.  Hari ini pesan, esok sampai. Makanan itu disejuk bekukan. Dbungkus dalam kotak dan diihantar ke rumah dengan van.  Mr. Hussein sendiri menghantarkannya. Peramah orangnya. Memang pandai warga Pakistan berniaga.

Alisa memesan ayam empat lima ekor, daging beku dari Australia, udang dan lain-lain. Tidak lupa rempah ratus, garam masala dan serbuk santan yang diimport dari Sri Lanka. Santan dari Sri Lanka amat sedap, wangi dan segar. Tidak sama dengan dari Malaysia, fikir Alisa.

Sekali tempahan harganya boleh tahan, kira-kira 20,000 yen atau kira-kira RM600.00. Itu baru untuk seminggu. Mahal, tetapi semuanya termasuk juga beras basmati dari Pakistan, yang rasanya sungguh sedap. Tak pernah jumpa lagi di Malaysia.

Alisa suka makan nasi Jepun, tetapi sekali sekala, dia suka menukar selera memasak nasi Pakistan. Wangi. Beras Jepun boleh didapati di kedai farmasi di dekat rumahnya. Di farmasi, ada beras, makanan kering dan dalam tin, juga kicap dan minyak masak. Juga ada barangan make-up dan sebagainya. Mudah sangat. Sabun dan pencuci rumah juga ada di sini. Pendeknya keperluan rumah harian ada di sini, termasuk toilet paper.

Setiap kali menelefon Mr. Hussein, peniaga itu sudah mengenali suaranya. Alisa rasa mudah memesan makanan begitu, tak perlu keluar rumah. Tetapi sekali sekala mahu juga dia membawa keluarganya ke Ueno, membeli pakaian dan sebagainya.

Kadang-kadang apa yang dipesannya menjadi lebih banyak, apabila Mr. Hussein datang ke rumah. Dia melihat-lihat apa yang ada dalam van Mr Hussein, memilih dan membeli lagi. Boleh juga mencecah hingga 30,000 yen, atau RM900.00. Giler. Kalau di Malaysia, tak adalah berbelanja dapur hingga hampir seribu ringgit. Paling tinggi dua tiga ratus ringgit.

Barang-barang di Jepun mahal. Tak apalah, kira dolar to dolar, fikir Alisa. Jangan fikir yang lain. Aku terima gaji di Jepun, jadi tak bimbang sangat. Fikirnya memujuk rasa.

Dia amat bersyukur bertemu Mr. Hussein, kerana memudahkannya. Dia wanita bekerjaya, susah nak keluar membeli barang setiap hari. Terima kasih Mr. Hussein. Tersengeh Mr, Hussein menunjukkan gigi puteh melepaknya setiap kali Alisa berkata “Arigato gozaimasu.”

2 responses to this post.

  1. Posted by ayu on January 21, 2013 at 8:55 am

    wah…ada jugak mcm tu ye…boleh lah makan masakkan malaysia walaupun berada disana..tq for info kak…

  2. sama-sama dik…kalau tak ada kedai yang jual bahan masakan muslim, teruk juga…ayik makan ikan goreng atau sayur je kot…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: