“DR. SMS” VS. “RAJA SMS”…

“Hah? Dr.  SMS? Siapa tu?”  Pernah aku bertanya seorang kawan yang bercerita tentang  “Dr. SMS” yang kacak lawa ini.  Ketika itu, Dr. SMS baru balik ke bumi dari angkasalepas. Oooo, rupanya Dr. Sheikh Muszaphar Shukur, angkasawan pertama Malaysia.

Ini tajuk dalam berita hari ini. ” Sheikh Muszaphar Popular di Palestin”. Sebenarnya kita sepatutnya berbangga kerana Dr. SMS sanggup pergi ke Palestin yang bergolak. Beliau telah berkunjung ke sana selama 5 hari, di samping meninjau keadaan penduduk Palestin yang malang.

Rupa-rupanya beliau dikenali di kalangan kanak-kanak di sana yang memanggil beliau Austronaut (angkasawan). Siapa kata beliau hanya popular di Malaysia saja? Beliau ke sana bersama-sama dengan 2 lagi doktor perubatan daripada sebuah pertubuhan NGO  iaitu dari Dewan Pemuda Masjid Malaysia bagi memberikan rawatan perubatan secara sukarela kepada mangsa serangan regim Zionis. Tahniah dan tabik kepada Dr. SMS.

Saya teringat baru-baru ini, tuduhan mengatakan beliau memperoleh hampir 1.2 juta kerana mengambil bayaran bagi ceraman-ceramahnya kepada umum. Namun ternyata tuduhan itu tidak berasas. Bagi saya, apa salahnya jika benar beliau mendapat bayaran? Apa salahnya?

Kalau orang berilmu, mempunyai pengalaman yang tidak ada pada orang lain yang pergi membuat penyelidikan di pusat angkasalepas sepertinya, menggadai nyawa ke angkasalepas dan satu-satunya orang Melayu yang menjadi angkasawan, jika diberi bayaran kerana ceramahnya,  apa salahnya? APA SALAHNYA? Cuba lihat Mawi, tak ada ilmu yang banyak, tapi orang mengagung-agungkannya hingga rak satu Malaya. Berkahwinpun di uar-uarkan di TV hingga nak pecah kaca TV,  diberi penghormatan hingga begitu sekali, kenapa tidak kepada Dr. SMS yang  berilmu dan berjasa?

Mawi (raja SMS) dah jadi kaya raya sekelip mata, lebih kaya daripada Dr. SMS. Tak ada orang kecohpun apabila Mawi menerima bayaran ribuan ringgit untuk satu show. Kenapa jika orang yang berkhidmat kepada masyarakat, membanggakan negara dan menjadi idola remaja masa kini seperti Dr. SMS kita nak bising???

Nampak sangat masyarakat kita lebih pentingkan hiburan berbanding dengan ilmu.

Saya ada terbaca berita tentang Dr. SMS ini. Beliau juga berkongsi modal niaga dengan rakannya Chef Ismail membuka restauran elit di Bangsar. Kiranya beliau boleh juga dipanggil “Usahawan dan Angkasawan”… Tak perlu duit ceramahpun beliau dah ada tittle “…wan”. Mungkin.

Kepada Dato’  Dr. Sheikh Muszaphar (Dr. SMS) teruskan dengan perjuangan anda memberi motivasi kepada anak bangsa,  kerana ilmu itu bukan diperoleh sehari dua atau seperti mendapat undi SMS . Anda bertungkus lumus menuntut  ilmu hingga ke India dan jauh ke luar negara lain dan anda juga berkongsi pengalaman itu dengan anak bangsa.  Syabash…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: