CINTA DI TOKYO (Part 22): “Faridah san”

Orangnya cantik, bertubuh langsing, sederhana tinggi, berkulit putih, manis dan cergas. Hatinya baik dan kawan yang amat setia.

Alisa mula mengenalinya satu hari pada minggu kedua dia bertugas di NHK. Faridah adalah warga Malaysia yang telah menetap di Jepun hampir sepuluh tahun lebih. Bahasa Jepunnya hebat. Apabila dia bercakap bahasa Jepun, pasti orang Jepun sendiri menyangka dia orang Jepun. Dia datang ke Jepun melanjutkan pelajaran dalam bahasa Jepun di sebuah universiti di Jepun, kemudian meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan PHD. Memang hebat orangnya. Gigih dan tak kenal putus asa.

Faridah menjadi sahabat baik Alisa sejak itu. Dia banyak menolong Alisa dalam banyak perkara. Menolong Alisa membawa Aini ke rumah sakit, menjadi penterjemah di antaranya dengan orang Jepun ketika berurusan di kaunter rumah sakit. Juga ketika pergi ke sekolah rendah untuk mendaftar sekolah Aini.

Faridah ada dua orang anak, ketika itu berada di Malaysia bersama suaminya S. D. Faridah selalu meluahkan perasaan rindunya kepada anak-anaknya dan suaminya di Malaysia kepada Alisa. Kadang-kadang air matanya berlinangan. Tapi apakan daya, anak-anak dan suami terpaksa berada di Malaysia buat sementara waktu, kerana suaminya bekerja dan anak-anak belajar agama di sana.

Satu hari Faridah mengajak Alisa dan anak-anak ke rumahnya yang terletak agak jauh di pnggir Tokyo. Mereka menaiki keretapi yang melalui dari satu stesen ke stesen lain. Alisa tidak ingat nama tempat tinggal Faridah. Rumah tempat Faridah tinggal agak luas. Rumah banglow dua tingkat. Di bawah ada ruang dapur dan ruang tamu bertikar tatami. Di atas ada dua ruang, satu ruang santai menonton TV dan satu ruang lagi bilik tidur. Semuanya bertikar tatami. Tidak ada perabut dalam rumah Jepun ini. Kalau tetamu datang, duduk di atas tikar tatami. Selesa, damai dan tenang ketika Alisa berada di rumah Faridah san. Tak ada bunyi bising dari luar kerana sekitar situ semuanya rumah banglow.  Rumah itu Faridah sewa dengan harga murah, kerana tuan rumahnya kenal dengan Faridah. Pendeknya Faridah punyai ramai kenalan orang Jepun yang baik dengannya.

Faridah pandai memasak. Hari itu mereka makan masakan Malaysia  iaitu kari ikan, sayur segar, siap dengan ulam dan sambal belacan.

Rupanya Faridah ada ramai anak angkat Jepun. Dia mengajar bahasa Melayu di salah sebuah universiti di Tokyo. Ramai orang Jepun yang dah pandai berbahasa Melayu. Ramai yang berkunjung ke Malaysia apabila Faridah bercuti dan membawa mereka bercuti dalam projek homestay di kampung Faridah di Johor. Faridah ini kiranya duta kecil Malaysia di Jepun.

Suami dan anak-anak Faridah san datang dan menetap bersama Faridah tidak lama selepas itu. Faridah bertambah gembira. Alisa rajin juga berkunjung ke rumah Faridah. Kali ini Faridah berpindah ke rumah lain yang agak dekat dengan universitinya dan dengan Shibuya tempat tinggal Alisa. Aini sungguh gembira dapat berkawan dengan Fatimah dan Yusuf anak-anak Faridah yang comel. Suami Faridah SD juga baik orangnya. Dia meletak jawatan untuk ke Jepun dan mengajar bahasa Melayu   di sekitar Tokyo apabila di undang. Alisa juga selalu menumpangkan Aini ke rumah Faridah untuk berkawan dengan Fatimah (tujuh tahun) dan Yusof yang sebaya dengan Aini.

Alisa kagum dengan keluarga ini. Keluarga yang sungguh bahagia. Baik dan berbudi bahasa. Alisa suka masakan Faridah. Hebat sungguh wanita ini. Mana nak berkejar ke kelas PHDnya, mana nak mengajar bahasa lagi, mana nak memasak lagi…pendeknya dia ini macam robot, tak kenal penat.

Kak Nyah, kakak Alisa yang datang ke Jepun enam bulan menggantikan Aishah juga kagum dengan Faridah. Ketika Alisa berkunjung ke rumah Faridah bersama kak Nyah dan Aini, Alisa terkejut, banyaknya makanan yang disediakan. Tak sangka, ada roti canai buatan tangan Faridah san sendiri.

Hari itu, Faridah juga menjemput rakan Jepun, alias anak muridnya yang berusia 64 tahun datang ke rumahnya. Alisa berkenalan dengan rakan itu. Pandai bercakap bahasa Melayu, semuanya hasil bimbingan Cikgu Faridah. Orang Jepun juga memanggilnya Cikgu Faridah. Itu bagi yang pandai berbahasa Melayu. Jika tidak semua orang memanggilnya Faridah san. Faridah macam sebati dengan Jepun.

Alisa banyak merujuk kepada Faridah apabila ada masalah memahami satu-satu perkara yang tertulis dalam bahasa Jepun. Ada satu yang melucukan berlaku satu ketika….

8 responses to this post.

  1. Posted by sitirazila on March 3, 2009 at 7:48 am

    crita ni berdasarkan pengalaman sendiri ka..?..Alisa ni masih di tokyo ker..?

  2. Ya dik, semuanya pengalaman sendiri. Cuma tukar nama sendiri je. Alisa dah balik ke Malaysia… Akaklah tu!!!

  3. Posted by irachan91 on March 15, 2009 at 4:01 pm

    wah!! best nye… kira nya ade la org jepun yg bleh ckp melayu? kak kne terbit kn dlm novel tau? konfem sye akn bli novel kak tu…

  4. Ramai orang Jepun boleh cakap Melayu. Mereka belajar bahasa di Universiti di Jepun yang menawarkan kursus bahasa Melayu. Cikgu Faridah adalah salah seorang guru bahasa Melayu di Jepun. Ada beberapa orang lagi cikgu yang akak kenal.

    Akak juga ada anak angkat orang Jepun. Dia baru saja balik ke Jepun setelah beberapa hari tinggal di rumah akak di Bangi. Pandai cakap Melayu…

    Terima kasih kerana adik berminat dengan novel akak ini. Inshaallah…satu hari nanti akak terbitkan.

  5. Posted by idawati on December 8, 2009 at 9:39 am

    salam..nama saya idawati mohd saleh..saya tertarik dengan cikgu faridah..saya juga sedang mencari cikgu faridah yg sedang berada di tokyo skrang..mungkin juga ini cikgu faridah yg saya cari selama ini..sedikit info mengenai cikgu faridah yg saya kenal..pernah mengajar saya sewaktu belajar di smk sanzac kk..orgnya putih2..dan memakai kaca mata..jika ini adalah cikgu faridah yg saya cari..diharap akak dapat berikan saya no contact cikgu faridah or apa saja yg boleh saya hubungi dia seperti facebook atau email add..terima kasih

  6. Posted by ayu on January 21, 2013 at 9:03 am

    kagum sgt dengan akak dan akak faridah…i wish boleh belajar dengan cikgu faridah…ni membuatkan saya lagi bersemangat tok berusaha,,,tq kak

  7. Ayu, memang kak Faridah hebat. Kakak juga kagum dengan dia…semoga adik Ayu berjaya. Kalau nak jumpa kakak, datanglah ke RTM Perak, di Jalan Raja Muda Mahadi, Ipoh. Depan politeknik Ungku Omar…

  8. Idawati, kalau cikgu Faridah yang memakai cermin mata dan putih macam orang Jepun, dialah orangnya. Beliau orang Johor. Kakak dah hilang nombornya. NANTI kakak usahakan untuk mencarinya kembali. Rindu padanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: