Archive for March, 2009

KMK/ICC Course…

Just came back from 2 days Innovative and Creative Circle Course, ICC at Cendekiawan Hall IPPTAR with other MOI staffs- girls and boys. I think I’m the only senior citizen/ warga emas  of  MOI who attended the course which I think means for the young personnels? Probably ‘they’ thought that I am still young?… Or maybe ‘they’ have something in mind for me in the future?

Well, I took the challange… Learning is a never an ending story eh?

Cikgu Rahman, the guru in this field  was so good. The first time I attended this course was about 25 years ago, when I was still young and vibrant. Now after soooo many years I’ve got to learn all over again. Such a slow catcher. Luckily the cikgu was patient enough to answer my stupid questions  and answered me with full of perseverance.

Sitting almost at the front was a a great mileage to me. I can see clearly whatever points, notes, charts etc written on the white board and also the power points presentation. Well, as the head of the QCC/ICC of IPPTAR, I think  this course would be a great help for me to lead our group. Jumpa lagi adik-adik dalam mesyuarat KMK kita!!!

Terima kasih cikgu Rahman.

Advertisements

CINTA DI TOKYO: (part 25) “Menjelajah dunia…”

Sepanjang jalan menuju ke ‘seluruh dunia di satu tempat’ itu, Alisa menikmati keindahan musim sejuk dengan salji masih bertompokan di tepi-tepi jalan, di lereng-lereng gunung yang pepohonnya botak dan gondol, di puncak-puncak gunung yang sesekali berkilau dipanah cahaya mantari di atas tumpukan salji yang tebal. Alam sekeliling memutih dek tumpukan salji yang baru saja turun semalaman.

Zul memandu kereta. Di sebelahnya Nani. Alisa, Aini dan Eni adik Alisa di belakang. Eni khususnya tidak lekang mengucap syukur kerana dapat mengikuti perjalanan yang menyeronokkan ini.

Rumah-rumah Jepun yang tersusun rapat dan berderetan di tepian bukit kelihatan seperti kotak-kotak mancis dari jauh. Ada juga rumah-rumah yang besar berdiri megah di tanah lapang bersendirian.

Cuaca hari itu dingin sangat. Alisa tidak memandu kereta Honda Odessey yang dibelinya di Jepun. “Susah, kerana tidak kenal jalan” kata Alisa.  Dia meminta Zul  pelajar Malaysia memandu untuk mereka. Ditemani oleh Nani, juga pelajar Malaysia. Kedua-dua mereka bekerja sambilan di NHK sebagai pembaca berita dan program majalah yang lain. Alisa menjadi mentor mereka di sana.

Sesampai di Tobu World Square, mereka terus melangkah masuk selepas membeli tiket. Terpesona mata memandang persekitaran yang amat berbeza ini. Dari satu bangunan ke bangunan lain mereka terokai. Ada Statue of Liberty…wah mereka dah sampai ke Washington? Ada Pyramid yang sungguh real. Alisa terasa seperti dia dah sampai ke Mesir. Berjalan lagi, di kiri dan kanan ada saja bangunan-bangunan mashur dunia yang mereka lihat. Big Ben-House of Parliament pun ada. Dah sampai Londonlah pulak.

“Kita dah sampai India pula.” Kata Eni teruja sangat melihat Taj Mahal lambang cinta sejati Shah Jahan.  Aini juga kelihatan kehairanan.

“Kenapa bangunan ini semua kecik?” Katanya.

Alisa tak lupa mengambil gambar satu demi satu. Dia rasa bersyukur kerana mengajak Zul dan Nani ke sini. Tobu World Square memang hebat. terdapat sebanyak 102 buah bangunan hebat seluruh dunia di tempatkan di taman ini. Semua bangunan itu 1/25 kali ganda dikecilkan. Setiap sudut diberi perhatian dan perincian dari segi reka bentuk dan seni binanya yang asal.

“Liz, tengok tu, beribu-ribu patung orang kerdil di sini.” Jerit Eni, terpegun dengan kehebatan taman itu.

“Tengok dalam brochure ini, di sini ada 140 ribu patung orang terdapat di seluruh taman ini. Semuanya unik, berbeza dan tidak sama. Kelihatan seperti orang sebenar, tetapi 25 kali ganda kecil dari saiz biasa.

“Nah, kita sampai ke Rusialah pulak.” Kata Zul. Mereka terus mengembara dai satu negara ke negara lain dalam tiga jam berada di situ. Hingga kaki terasa lengoh dan letih, tetapi sikitpun Alisa tidak rasa jemu.

Aini berlarian ke satu sudut. Dia bermain salji yang masih tebal di depan Forbiden City di Beijing. Wah sampai China pulak…tak jauh dari situ ada Great Wall of China.

Seronok sungguh perjalanan itu, hingga tak terasa hari dah hampir malam. Mereka sampai tengah hari, dan tak terasa hari dah nak malam. Alisa lupa yang musim sejuk memang hari cepat gelap. Jam 4 setengah petang dah masuk maghrib. Mereka bersolat jamak takhir di dalam kereta.

“Puas, sungguh puas, itulah yang boleh digambarkan dengan kata-kata.” Kata Eni, yang sejak awal lagi sentiasa mengucap syukur datang ke Jepun walau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji tiga bulan sebagai guru sekolah. Alisa menaja kedatangannya ke Jepun. Dan sesungguhnya bukan wang yang menjadi nilainya, tetapi pengalaman yang sungguh bermakna buat Eni. Alisa juga puas!

Dalam perjalanan pulang mereka singgah di restauran seafood. Mereka menjamu selera dengan tempura udang, ikan dan sayur-sayuran. Ada juga sushimi dan sushi. Alisa mengeluarkan belanja kerana dia yang mengajak mereka ke situ…

(NOTA: Gambar ini diupload dari internet. Bukan dalam musim sejuk, tetapi awal musim panas- PENGARANG)img_0100Cuaca semakin dingin. Masing-masing memakai pakaian yang tebal. Zul memasang alat pemanas kereta. Alisa terasa bagai nak terlena, tetapi dia menahan mata.  Kasihan Zul memandu dalam kesunyian. Dia terus berbual dengan Zul dan Nani sudah jauh dibuai mimpi. Begitu juga Eni dan Aini yang penat bermain salji…

BISNES DARI RUMAH 2: seronok…

MELAYARI INTERNET DAN BERBLOGGING MENJADI HOBIKU SETIAP HARI KEBELAKANGAN INI. BUKAN APA SELEPAS PENAT BEKERJA, BALIK KE RUMAH PADA WAKTU MALAM SELEPAS SEMUA URUSAN SELESAI AKU MENGADAP KOMPUTER.

SEDANG MELAYARI INTERNET TERJUMPA BANYAK JUGA PELUANG BISNES DARI RUMAH. SERONOK. SEKARANG BISNES DARI RUMAH DAH JADI HOBI KETIGAKU PULA.

Bertugas di IPPTAR…

masjidHari ini aku dah mula berkerja di tempat baru yang tidak asing lagi bagiku, iaitu di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, IPPTAR, Kementerian Penerangan Malaysia yang sebelum ini adalah di bawah pentadbiran RTM. Tugas baru aku ialah sebagai Ketua Pengajian dan Penyelidikan.

IPPTAR sebelum ini dikenali sebagai IPTAR atau Institut Penyiaran Tun Abdul Razak banyak berjasa kepada RTM. Institut ini telah melahirkan ramai penerbit, penyampai dan penyiar yang dedikasi dan berkemahiran. 26 tahun lalu, ketika aku baru menjejakkan kaki ke RTM di sinilah aku mengikuti kursus asas penyiaran dan seterusnya kursus-kursus advance lain yang amat berfaedah dan berguna kepada seorang penyiar di RTM.

Seperti yang aku impikan, aku ingin berkongsi pengalaman yang dikutip sepanjang 27 tahun bersama RTM untuk melibatkan diri dalam bidang latihan pula. Namun kali ini aku perlu membuat kajian tentang keberkesanan latihan yang diadakan di IPPTAR sepanjang tahun, juga membuat kajian dan penyelidikan bagi merangka program yang bakal dilaksanakan di sini.

Kini kami dalam rangka bekerjasama dengan universiti tempatan bagi melaksanakan program perkongsian pintar atau kerjasama dalam menawarkan program yang lebih advance…

Aku bersyukur kerana bilik pejabat baharu aku mengadap masjid  Angkasapuri. Jaraknya dari bilikku hanya beberapa ela saja. Azan jelas kedengaran. Begitu juga khutbah jumaat. Sila lihat gambar masjid Angkasapuri yang diambil gambar dari bilik pejabatku…

Sebentar tadi Meor dan Siti Mazliana dari Bahagian IT membantu aku memasang komputer yang terbaru di bilikku ini. Fazi dari Bahagian Teras juga membantu membuat tempahan peralatan dan alat tulis untuk kegunaan aku di sini. Terima kasih kepada adik-adik yang sungguh baik hati dan dedikasi. Hari pertama ini sungguh membahagiakan…

Naoko…anak angkat dari Jepun…

Dua minggu lalu, keluargaku dikunjungi oleh anak angkatku dari Jepun, Naoko gadis manis berusia 21 tahun. Orangnya lemah lembut dan cukup santun. Memang terlalu sopan dan sempurna orangnya. Menghormati orang tua tetapi pendiam.

Dia mahu belajar bercakap bahasa Melayu. Jadi dia tidak mahu tinggal di hotel, tetapi mahu bersama keluarga Melayu untuk berlatih bercakap Melayu. Naoko masih belajar di Universiti Bahasa Asing di Tokyo, mengambil bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa asing yang dipelajarinya.  Dia berasal dari daerah Saitama, tak jauh dari Tokyo.

Sempatlah aku membawanya ke Putrajaya pada hujung minggu. Sayangnya dia masih kurang fasih berbahasa Melayu, baru sedikit-sedikit atau ‘shukoshi dake’ . Namun boleh faham apa yang kita ucapkan secara perlahan-lahan.

Teman baiknya Nobuko yang tinggal dengan keluarga kenalanku di Wangsa Maju berkunjung bersama keluarga angkatnya pada hari Ahad dua minggu lalu. Kini mereka dah balik ke Jepun. Tapi email dihantar. Naoko mahu datang lagi ke rumahku bulan Ogos nanti. Salam rindu Naoko.

Ini gambar Naoko (kiri) dan Nobuko (kanan). Cantik kedua-dua gadis Jepun ini kan…

haha-0081

CINTA DI TOKYO (pART 24): “Nota daripada Ono sensei”

Wajahnya persis wanita Melayu. Kulitnyapun tak begitu puteh seperti wanita Jepun. Tetapi tubuhnya kecil molek dan sederhana tinggi. Parasnya ada iras-iras pelakun Khadijah Tan. Wanita Jepun ini sangat baik, peramah dan sungguh dedikasi.

Dia guru hoikuen Aini. Dalam bahasa Jepun guru ialah sensei.

Ono sensei sangat bertanggungjawab. Setiap hari Aini balik dari hoikuen akan bercerita tentang Ono sensei yang baik. Ono sensei yang ajar Aini menyanyi. Ono sensei bercerita dan sebagainya.

Pada hari pertama Aini ke koikuen, Ono sensei mengirimkan balik buku nota yang Alisa sediakan untuk ditulis kegiatan harian Aini di hoikuen. Bagi kanak-kanak seusia Aini, apa lagi yang dibuat di hoikuen/ tadika selain bermain dan bermain. Atau bila tiba masa makan, mereka makan, tiba masa tidur (oyasumi) mereka akan tidur.

Setiap hari Ono sensei akan menulis dalam bahasa Jepun. “Hari ini Aini chan banyak ketawa…selepas bangun tidur waktu petang.”

Atau dia akan tulis “Aini chan tak banyak cakap waktu pagi, macam ada mood yang tak baik…tapi selepas bangun tidur waktu petang, dia akan banyak cakap”.

Kadang-kadang Ono sensei akan menulis: “Aini chan pandai melukis. Pandai sangat.” Atau “Hari ini semua anak-anak dibawa ke taman Yoyogi. Menikmati udara segar musim panas di bawah pohon sakura yang lebat daunnya. Aini chan gembira sangat.”

Alisa sebenarnya tidak faham tulisan katakana dan hiragana atau kanji. Jadi buku itu akan dibawa kepada Hori san atau Yoshimura san untuk menterjemahkan untuknya. Kemudian Alisa akan mencatatkan pula dalam bahasa Inggeris dalam buku nota itu tentang kegiatan Aini di rumah. “Aini tidur awal hari ini. Selepas makan, dia menonton TV cerita Sailor Moon dan kemudian dia mandi. Jam 9 Aini masuk tidur. Mami belum balik kerja, Aini dah tidur. Aishah menidurkan Aini sambil bercerita kisah raja-raja zaman dulu kala”

Apabila Aini membawa pulang buku itu, Alisa membawanya ke tempat kerja…minta diterjemahkan apa yang dicakapkan guru. Kemudian Alisa pula akan mencatatkannya dalam buku itu kegiatan Aini di rumah pula,.Buku itu akan dibawa Aini setiap hari ke sekolah. Sementara Alisa mencatatnya setiap malam kegiatan Aini di rumah.

Aini kata sensei cakap ‘sugoii!!!‘  atau “hebat!!!” tentang kegiatan Aini di rumah khususnya pada hari minggu, kerana ada saja kegiatan panjang yang ditulis oleh mami.  Mana rtidaknya, setiap hujung minggu akan digunakan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Tokyo atau di luar Tokyo. Hingga tempat yang tidak pernah dilawati oleh Hori san pun pernah Alisa dan keluarganya pergi.

Kalau Aini sakit pula, Alisa akan membuka kamus untuk menyusun ayat dalam bahasa Jepun. Maklumlah bahasa Jepun Alisa bukannya bagus sangat. Malahan lemah. Sebab itu Aini tak suka bercakap bahasa Jepun dengan Alisa. “Mami tak pandai cakap Nihon go” Katanya. Alisa hanya ketawa.

Ohaiyo gozaimas…kiyo wa Aini wa sayumi mas…Aini wa seki desu” Itu bahasa pasar Alisa ketika menelefon Ono sensei apabila Aini demam. Maksudnya “Selamat pagi…hari ini Aini cuti…dia demam.’ Alisa menyusun ayat berdasarkan perkataan dalam kamus. “Wa” adalah kata penghubung…namun cara penggunaannya betul ke tidak, dia kurang pasti. Yang hebatnya sensei kata “Haik, wakarimashta” atau “saya faham”.

Alisa rasa lega apabila Ono sensei kata “Wakarimashta”. Amat lega. Itu bermakna bahasa komunikasinya dalam bahasa Jepun boleh difahami orang…