Naoko…anak angkat dari Jepun…

Dua minggu lalu, keluargaku dikunjungi oleh anak angkatku dari Jepun, Naoko gadis manis berusia 21 tahun. Orangnya lemah lembut dan cukup santun. Memang terlalu sopan dan sempurna orangnya. Menghormati orang tua tetapi pendiam.

Dia mahu belajar bercakap bahasa Melayu. Jadi dia tidak mahu tinggal di hotel, tetapi mahu bersama keluarga Melayu untuk berlatih bercakap Melayu. Naoko masih belajar di Universiti Bahasa Asing di Tokyo, mengambil bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa asing yang dipelajarinya.  Dia berasal dari daerah Saitama, tak jauh dari Tokyo.

Sempatlah aku membawanya ke Putrajaya pada hujung minggu. Sayangnya dia masih kurang fasih berbahasa Melayu, baru sedikit-sedikit atau ‘shukoshi dake’ . Namun boleh faham apa yang kita ucapkan secara perlahan-lahan.

Teman baiknya Nobuko yang tinggal dengan keluarga kenalanku di Wangsa Maju berkunjung bersama keluarga angkatnya pada hari Ahad dua minggu lalu. Kini mereka dah balik ke Jepun. Tapi email dihantar. Naoko mahu datang lagi ke rumahku bulan Ogos nanti. Salam rindu Naoko.

Ini gambar Naoko (kiri) dan Nobuko (kanan). Cantik kedua-dua gadis Jepun ini kan…

haha-0081

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: