Bertugas di IPPTAR…

masjidHari ini aku dah mula berkerja di tempat baru yang tidak asing lagi bagiku, iaitu di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, IPPTAR, Kementerian Penerangan Malaysia yang sebelum ini adalah di bawah pentadbiran RTM. Tugas baru aku ialah sebagai Ketua Pengajian dan Penyelidikan.

IPPTAR sebelum ini dikenali sebagai IPTAR atau Institut Penyiaran Tun Abdul Razak banyak berjasa kepada RTM. Institut ini telah melahirkan ramai penerbit, penyampai dan penyiar yang dedikasi dan berkemahiran. 26 tahun lalu, ketika aku baru menjejakkan kaki ke RTM di sinilah aku mengikuti kursus asas penyiaran dan seterusnya kursus-kursus advance lain yang amat berfaedah dan berguna kepada seorang penyiar di RTM.

Seperti yang aku impikan, aku ingin berkongsi pengalaman yang dikutip sepanjang 27 tahun bersama RTM untuk melibatkan diri dalam bidang latihan pula. Namun kali ini aku perlu membuat kajian tentang keberkesanan latihan yang diadakan di IPPTAR sepanjang tahun, juga membuat kajian dan penyelidikan bagi merangka program yang bakal dilaksanakan di sini.

Kini kami dalam rangka bekerjasama dengan universiti tempatan bagi melaksanakan program perkongsian pintar atau kerjasama dalam menawarkan program yang lebih advance…

Aku bersyukur kerana bilik pejabat baharu aku mengadap masjid  Angkasapuri. Jaraknya dari bilikku hanya beberapa ela saja. Azan jelas kedengaran. Begitu juga khutbah jumaat. Sila lihat gambar masjid Angkasapuri yang diambil gambar dari bilik pejabatku…

Sebentar tadi Meor dan Siti Mazliana dari Bahagian IT membantu aku memasang komputer yang terbaru di bilikku ini. Fazi dari Bahagian Teras juga membantu membuat tempahan peralatan dan alat tulis untuk kegunaan aku di sini. Terima kasih kepada adik-adik yang sungguh baik hati dan dedikasi. Hari pertama ini sungguh membahagiakan…

7 responses to this post.

  1. selamat datang ke IPPTAR. tapi sayang, saya dah keluar plak… insyaAllah kiter ketemu lagi.

  2. Terima kasih cikgu…siapa tak ingat cikgu Mazlina yang mengajar akak blogging nih? Sayang sekali cikgu tak ada di IPPTAR lagi. Camne akak nak perbaiki penampilan di blog ni? Nak cari hits pun tak pandai lg. Kena cari cikgu jard plak.

  3. Posted by khairul bariah aka ayun on April 6, 2009 at 6:43 am

    selamat bertugas di ipptar.sy bekas warga iptar jg.

  4. Hai Berry, terima kasih kerana singgah kat blog saya ini. Berry di mana sekarang selepas meninggalkan IPPTAR?

  5. Posted by anak Bidayuh on April 24, 2009 at 7:49 am

    mana web site ipptar, tolong saya.. 2 bulan cari tapi tak jumpa²↨

  6. Web site IPPTAR sedang dalam proses binaan semula. Maklumlah banyak yang berubah di Kementerian kami…

    Pihak ICT sedang bertungkus lumus siang dan malam nak menyiapkannya…tunggu saja ya. Nanti akak masukkan dalam blog ini apabila sudah siap dan dilancarkan.

    Tungguuuuuuuuuuuu!!!

  7. Posted by Nurfazlina Razali on November 10, 2009 at 12:46 am

    Salam semua…
    Setiap hari saya balik dari kerja ternampak masjid nie..
    cantik sangat…dan hati nie..dah lama berhajat ingin menunaikan solat kat sana…
    ada sape2 boleh bagi tau..masjid nie sentiasa terbuka or selalu tertutup..
    boleh saya pergi bila2 masa?
    please help me…
    email saya k.
    fazlina@mpinsb.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: