CINTA DI TOKYO: (part 25) “Menjelajah dunia…”

Sepanjang jalan menuju ke ‘seluruh dunia di satu tempat’ itu, Alisa menikmati keindahan musim sejuk dengan salji masih bertompokan di tepi-tepi jalan, di lereng-lereng gunung yang pepohonnya botak dan gondol, di puncak-puncak gunung yang sesekali berkilau dipanah cahaya mantari di atas tumpukan salji yang tebal. Alam sekeliling memutih dek tumpukan salji yang baru saja turun semalaman.

Zul memandu kereta. Di sebelahnya Nani. Alisa, Aini dan Eni adik Alisa di belakang. Eni khususnya tidak lekang mengucap syukur kerana dapat mengikuti perjalanan yang menyeronokkan ini.

Rumah-rumah Jepun yang tersusun rapat dan berderetan di tepian bukit kelihatan seperti kotak-kotak mancis dari jauh. Ada juga rumah-rumah yang besar berdiri megah di tanah lapang bersendirian.

Cuaca hari itu dingin sangat. Alisa tidak memandu kereta Honda Odessey yang dibelinya di Jepun. “Susah, kerana tidak kenal jalan” kata Alisa.  Dia meminta Zul  pelajar Malaysia memandu untuk mereka. Ditemani oleh Nani, juga pelajar Malaysia. Kedua-dua mereka bekerja sambilan di NHK sebagai pembaca berita dan program majalah yang lain. Alisa menjadi mentor mereka di sana.

Sesampai di Tobu World Square, mereka terus melangkah masuk selepas membeli tiket. Terpesona mata memandang persekitaran yang amat berbeza ini. Dari satu bangunan ke bangunan lain mereka terokai. Ada Statue of Liberty…wah mereka dah sampai ke Washington? Ada Pyramid yang sungguh real. Alisa terasa seperti dia dah sampai ke Mesir. Berjalan lagi, di kiri dan kanan ada saja bangunan-bangunan mashur dunia yang mereka lihat. Big Ben-House of Parliament pun ada. Dah sampai Londonlah pulak.

“Kita dah sampai India pula.” Kata Eni teruja sangat melihat Taj Mahal lambang cinta sejati Shah Jahan.  Aini juga kelihatan kehairanan.

“Kenapa bangunan ini semua kecik?” Katanya.

Alisa tak lupa mengambil gambar satu demi satu. Dia rasa bersyukur kerana mengajak Zul dan Nani ke sini. Tobu World Square memang hebat. terdapat sebanyak 102 buah bangunan hebat seluruh dunia di tempatkan di taman ini. Semua bangunan itu 1/25 kali ganda dikecilkan. Setiap sudut diberi perhatian dan perincian dari segi reka bentuk dan seni binanya yang asal.

“Liz, tengok tu, beribu-ribu patung orang kerdil di sini.” Jerit Eni, terpegun dengan kehebatan taman itu.

“Tengok dalam brochure ini, di sini ada 140 ribu patung orang terdapat di seluruh taman ini. Semuanya unik, berbeza dan tidak sama. Kelihatan seperti orang sebenar, tetapi 25 kali ganda kecil dari saiz biasa.

“Nah, kita sampai ke Rusialah pulak.” Kata Zul. Mereka terus mengembara dai satu negara ke negara lain dalam tiga jam berada di situ. Hingga kaki terasa lengoh dan letih, tetapi sikitpun Alisa tidak rasa jemu.

Aini berlarian ke satu sudut. Dia bermain salji yang masih tebal di depan Forbiden City di Beijing. Wah sampai China pulak…tak jauh dari situ ada Great Wall of China.

Seronok sungguh perjalanan itu, hingga tak terasa hari dah hampir malam. Mereka sampai tengah hari, dan tak terasa hari dah nak malam. Alisa lupa yang musim sejuk memang hari cepat gelap. Jam 4 setengah petang dah masuk maghrib. Mereka bersolat jamak takhir di dalam kereta.

“Puas, sungguh puas, itulah yang boleh digambarkan dengan kata-kata.” Kata Eni, yang sejak awal lagi sentiasa mengucap syukur datang ke Jepun walau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji tiga bulan sebagai guru sekolah. Alisa menaja kedatangannya ke Jepun. Dan sesungguhnya bukan wang yang menjadi nilainya, tetapi pengalaman yang sungguh bermakna buat Eni. Alisa juga puas!

Dalam perjalanan pulang mereka singgah di restauran seafood. Mereka menjamu selera dengan tempura udang, ikan dan sayur-sayuran. Ada juga sushimi dan sushi. Alisa mengeluarkan belanja kerana dia yang mengajak mereka ke situ…

(NOTA: Gambar ini diupload dari internet. Bukan dalam musim sejuk, tetapi awal musim panas- PENGARANG)img_0100Cuaca semakin dingin. Masing-masing memakai pakaian yang tebal. Zul memasang alat pemanas kereta. Alisa terasa bagai nak terlena, tetapi dia menahan mata.  Kasihan Zul memandu dalam kesunyian. Dia terus berbual dengan Zul dan Nani sudah jauh dibuai mimpi. Begitu juga Eni dan Aini yang penat bermain salji…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: