“Selamat Ulang Tahun ke 63 RTM!!!”

Hari ini, 1 April 2009 tepat 27 tahun aku berkhidmat di RTM. Cuma kurang  10 hari saja tepat 27 tahun kerana aku bertukar ke IPPTAR pada 20 Mac 2009. Apapun, dulu IPPTAR di bawah RTM, baru saja berpindah tangan ke Kementerian Penerangan Malaysia. RTM juga di bawah kementerian yang sama…apapun, hari ini RTM dah 63 tahun.

Mengimbas kembali saat-saat menjejakkan kaki  ke Angkasapuri pada hari ini tahun 1982, ketika baru keluar dari UM, macam-macam perasaan ada, seronok, berdebar, takut, teruja dan pelbagai lagi. Maklumlah nak bertemu dengan ramai ikon penyiaran ketika itu seperti kak Yong Rafidah, Kak Mahani Ujang, kak Wan Cik Daud, Ummi Siti Hawa Majid, kak Amelia Teh, Abang Jamaluddin Alias, Mustadza Maah, Noraini Ibnu dll pembaca berita yang hebat, juga bos-bos ketika itu seperti Dato’ Salleh Pateh Akhir, Dato’ Jaafar Kamin, Ismail Mustaffa (Tom), Ismail Jah, Baharin Tahir (bos aku di KT) dan banyak lagi. Memang glamor mereka ketika itu. Aku rasa aku ini kerdil sangat. Tapi apabila bergaul dan mengenali mereka ternyata semuanya peramah dan baik-baik belaka.

Mula-mula aku membuat voice over dan merakamkan suara untuk siaran, ada yang komen suaraku macam katak. terperanjat besar aku…geram ada, marah ada, malu ada…tapi aku jadikan pedoman dan cabaran. Selepas itu aku tidak menoleh ke belakang lagi. Ulasan Berita, Topik Pagi Ini, Sorotan dll aku sampaikan dengan yakin. 17 tahun selepas itu (1999 hingga 2003) aku bertugas di NHK, Tokyo sebagai Pakar Bahasa Melayu di samping pembaca berita dan melatih generasi baru di NHK dalam penyampaian berita dan program radio. Semuanya berkat pembelajaran dan didikan daripada senior yang rajin menegur aku…

Kini semua mereka dah pencen, kecuali Noraini Ibnu…

‘Cikgu’ aku ketika itu Encik Zakaria Mat Yassin, orang yang bertanggung jawab mencabar aku ke udara. Terima kasih Pak Zack. Suara katak ini dah merdu dah…laku ke udara ke seluruh dunia dah…ketika di NHK World!

Hari ini RTM masih relevent. Cuma kurang promo terhadap program-programnya. Satu lagi kita terikat dengan peraturan dan etika penyiaran…kita media rasmi, tak boleh sembarangan. Semua mesti ditapis dan paling utama mesti ingat, kita ada social obligation! Kita agen pembina bangsa. Ingat tu, itu di antara kata-kata yang aku sering dengar daripada mentor-mentorku.

RTM banyak menghasilkan BINTANG. Siti Nurhaliza (Bintang Hiburan Minggu Ini, RTM 1995), Manakala Juara BINTANG RTM pula seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil dan Juliza Adlizan adalah di antara juara bintang RTM yang vokal dan bakat mereka tidak boleh dipertikaikan. Itu tandanya pemilihan juri di RTM amat profesional…masalahnya kenapa bintang RTM yang ada sekarang seperti tenggelam? RTM mesti fikir kenapa…Perlu juga pilih yang ada pakej…

Satu lagi ialah tanggapan masyarakat terhadap jenama RTM. Masyarakat tidak tahu kami tidak bebas macam swasta…

Otanjobi Omedeto RTM…Happy Birthday RTM!!!

2 responses to this post.

  1. Assalamu’alaikum kak… patut ar kak pandai bertutur dalam bahsa jepun. Kagum sy..

    Bukan siti nurhaliza bintang rtm jugak kan?? hehehe..

  2. Akak tak pandai sangat bahasa Jepun, sikit sikit je.

    Siti Nurhaliza juara Bintang Hiburan Minggu Ini 1995…program hiburan RTM yang hebat satu ketika dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: