MACAM MANA TU???

Kebelakangan ini heboh tentang perjuangan pencinta bahasa Melayu supaya bahasa pengantar mata pelajaran Mathematik dan Sains ditukar kepada bahasa Melayu dan ramai yang bersetuju. Namun jika dikaji, mereka yang memperjuangkan bahasa itu fasih bahasa Inggeris kerana mereka terdedah dengan bahasa itu sejak awal lagi. Malahan ramai yang melajutkan pelajaran di peringkat MA dan PHD mereka di Amerika, England dan negara yang menggunakan bahasa Inggeris.

Kita bangga dengan mereka kerana berjuang memartabatkan bahasa Melayu. Tapi mari kita menjadi rasional. Dalam zaman serba canggih ini, jangan lupa bahasa Inggeris juga penting. Jika tidak mengapa mereka yang rata-rata berpelajaran tinggi, fasih dalam bahasa Inggeris dan bertutur dalam bahasa Inggeris dalam persidangan dan mesyuarat dalam negara?

Jika nak bentang kertas kerja di dalam negara juga ada yang menggunakan bahasa Inggeris. Di luar negara apatah lagi. Bahasa Inggeris itu lingua franca. Tetapi tak kan di dalam negara juga berbahasa Inggeris? Bila bahasa kita nak berdaulat? pak menteri menjawab soalan dalam bahasa Inggeris. Macam mana tu?

Saya pernah berkerja lebih 4 tahun di luar negara. Pernah juga berkursus berbulan-bulan lamanya di luar negara. Jika saya tidak faham dan tidak faseh bahasa Inggeris, jangan harap saya layak BERKURSUS DAN BERKERJA di luar negara.

Saya bersyukur kerana saya melanjutkan pelajaran dari sekolah Melayu ke remove class dalam tahun 70an. Hinggalah saya ke form five mengambil MCE ketika itu. Kemudian apabila saya memasuki tingkatan enam saya belajar pula dalam aliran Melayu. Susah juga nak mempelajari istilah-istilah geography khususnya. Kebetulan guru kelas ketika itu seorang yang anti bahasa Inggeris. Jadi apabila budak perempuan dari sekolah Inggeris INI menyebut nama negara seperti Canada bukan Kanada, saya disindir dan dimarahi. Akhirnya saya tak berani bercakap bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris saya jadi berkarat ketika itu.Nasib baik saya diterima masuk ke UM.

Oleh kerana saya dari English Medium ketika di sekolah menengah, saya tidak boleh mengambil mata pelajaran bahasa Inggeris ketika di UM. Saya mengambil bahasa Belanda dan Arab. Dalam hati saya lebih berminat mahu polish bahasa Inggeris yang dah mula berkarat. Tapi tak boleh. Akhirnya bahasa Inggeris saya tak berapa hebat seperti rakan-rakan saya di UITM. Namun saya bersyukur, kerana saya berjaya berkerja di RTM dan tugas pertama saya di RTM pada tahun 1982 ialah menterjemah skrip Window of The World dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Saya memperbaiki pemahaman bahasa Inggeris saya. Namun tidak sehebat rakan dari UITM.

17 tahun selepas itu saya berjaya ke Radio Japan, NHK World, sebagai penyiar, juga membuat terjemahan skrip daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. (Saya juga mempunyai diploma penterjemahan di samping Ijazah dalam Pengajian Kreatif dan Deskriptif (Sekarang Pengajian Media) dari UM)

Sekiranya saya tidak faseh dalam bahasa Inggeris tidak mungkin saya diterima ke NHK. Begitulah juga jika sesiapa juga nak bertugas di luar negara, bahasa Inggeris penting. Penting sangat. Soalnya, jika kita tidak terdedah dengan bahasa itu, bagaimana kita nak faseh?

Saya bersyukur anak saya Aini, sejak darjah satu selepas balik dari Jepun TAHUN 2003, terlibat dalam pengajian Sains dan Maths dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (mula diperkenalkan tahun 2003). Dia mendapat 5A dalam UPSRnya. Kini bahasa Inggerisnya bagus.

Anak buah saya, Mohd Faiz juga ke tingkatan satu tahun 2003 iaitu mulanya bahasa Inggeris di perkenalkan sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Maths. Alhamdulillah, dia mendapat 11A1 dalam peperiksaan SPMnya. Bahasa Inggerisnya hebat. Kini mengambil kelas persiapan express untuk melanjutkan pelajaran peringkat Universiti di luar negara.

Jika anak Melayu tidak didedahkan dengan bahasa Inggeris, anak Melayu akan ketinggalan. Swasta menawarkan kerja kepada yang faseh berbahasa Inggeris. Jikalau swasta juga mendaulatkan Bahasa Melayu, tidak apa teruskan kita melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Maths dan Sains. Malangnya ini tidak berlaku.

Alangkah bagusnya jika semua pihak, daripada pak Menteri, jabatan kerajaan, swasta, bank, polis dan semua menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian, mesyuarat dan surat menyurat. Barulah kita tidak takut anak-anak kita susah mendapat kerja. Ini tidak berlaku. Jadi macam mana tu?

Bahasa Melayu mesti didaulatkan, tetapi bahasa Inggeris juga penting!!!Jangan anak-anak Melayu ketinggalan.

One response to this post.

  1. Hi, interesting post. I have been thinking about this issue,so thanks for posting. I will probably be coming back to your posts. Keep up the good posts

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: