Kursus Bina Insan…

Minggu lepas aku menghadiri kursus Bina Insan di Institut Latihan Islam Malaysia, ILIM di Bandar Baru Bangi, tak jauh dari rumahku. Seramai 28 orang warga kerja dari Jabatan Penyiaran dan Penerangan, Kementerian Penerangan Malaysia hadir dalam kursus empat hari itu.

Sebelum ke kursus itu, malas rasanya nak pergi, maklumlah dalam beberapa bulan ini aku asyik hadiri kursus. Bila aku nak kerja? Liat rasanya nak berkemas barang keperluan untuk ke asrama ILIM.

Mula-mula tiba rasa malas sangat. Maklumlah asrama tak ada aircond. Panas…Mula nak masuk kelas, sakitnya hati, komunikasi tidak jelas. Kelas di mana? Tidak diberitahu. Siapa yang kita nak tanyapun tidak ada. Papan tanda juga mengelirukan. Agaknya dia orang nak uji aku kot?

Kelas bermula, hati rasa panas lagi, tanya sana, tanya sini, berpeluh-peluh baru dapat info dan dapat masuk ke kelas di tingkat tiga. Panasnya…Tapi apabila ustaz membuka mulut saja, terus hatiku sejuk. OOOOO, kelas ini tentang agama…banyak memberi peringatan tentang kehidupan, ciptaan Allah, kesyukuran, tanggungjawab insan kepada Yang Mencipta, hari pembalasan, tanggungjawab insan di tempat kerja dan pelbagai ingatan bagi membersihkan jiwa dan kehidupan insan. Selama dua malam tiga hari di ILIM aku rasa hatiku semakin insaf dan banyak memahami erti kehidupan yang sebentar cuma ini.

Walaupun aku ini dah berpuluh kali menyertai kursus seperti ini, namun kali ini, aku rasa yang paling berkesan. Ustaz-ustaz yang mengendalikan kursus itu muda-muda belaka, boleh di panggil adik. Tetapi ilmu mereka tinggi. Jadi akak ini dapat juga merenung jauh tentang erti sebenar kehidupan yang pendek ini.

Banyak pengajaran yang diperolehi dalam kursus ini.Yalah, kita manusia perlu selalu diingatkan akan tanggungjawab kepada Yang Maha Kuasa. Paling berkesan ialah satu rakaman tentang bunyi dari dalam perut bumi yang kebetulan dapat dirakam oleh saintis Rusia di Siberia. Bunyi jeritan ratusan ribu suara manusia yang menjerit dan gegak gempita seperti kesakitan dan penuh kepedihan dan kesesalahan. Apakah itu bunyi suara orang yang telah pergi yang pedih disiksa di alam barzah? Gerun mendengarnya.

Kita sebagai umat manusia beragama Islam perlu selalu mengingati mati. Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: