EL…

Semalam aku terima berita mak saudaraku meninggal dunia. Usia hampir 80 tahun. Tidak mengalami sakit yang teruk, cuma sakit perut biasa. Dan kini Mak Cu Halipah dah tak ada. Tahun 2006 ibuku meninggal dunia. Tiga tahun selepas itu, kini Mak Cu, satu-satunya adik perempuan arwah ibu dah tiada. Dengarnya adik ibu yang seorang lagi, Pak Ngah Yusuf juga sedang sakit.

Ibu, Pak Ngah Yusuf dan Mak Cu adalah tiga beradik yatim piatu sejak kecil. Mereka dibesarkan oleh datuk dan nenek mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu selalu bercerita betapa mereka membesar dengan penuh kasih sayang nenek dan datuk mereka. Tetapi hati mereka sentiasa rawan kerana rindukan ibu dan bapa mereka yang pergi ketika mereka masih kecil. Sebab itu ketiga-tiga mereka ini amat baik hati dan menyayangi sesama mereka.

Apabila Mak Cu dah tiada, aku teringat kepada ibuku. Rindu sangat kepada ibu…

Al Fatihah untuk ibu, Mak Cu dan arwah muslimin dan muslimat. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.
Hari ini ambil EL nak balik kampung menziarah keluarga Mak Cu. Bersabarlah wahai sepupu-sepupuku. Allah menyayanginya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: