CINTA DI TOKYO, Part 26 b: Episod Gusar 2″

Ofuro (tab mandi) ini bagaikan satu tempat terapi bagi Alisa. Dia memasang air sejuk bercampur air panas sepenuh-penuh ofuro.Setiap hari sebelum pergi kerja dia beremdam dulu. Dia merasakan tempat ini bagaikan tempat persembunyian yang selamat baginya. Di sini saja dia tidak mendengar bunyi bising dari atas. Balik dari kerja dia akan berendam lagi. Berfikir dan berfikir.

Setiap kali tiba waktu tidur, keresahan dan kegusarannya menjadi-jadi. “Bila dia orang di atas ini nak tidur? Memekak dan bising tiap masa?” Bentak hatinya.

Hari Sabtu. Alisa pagi-pagi lagi dah bersiap untuk keluar. Kali ini membawa pakaiannya, pakaian Aini dan Wati (pengganti Aishah) untuk penginap di hotel saja. Biarlah hotel yang dekat, atau hotel yang jauh, dia mahu menenangkan fikiran. Hari Sabtu itu mereka ke Sakura. Jauh juga menaiki keretapi, tetapi dia puas kerana jauh dari kebisingan di atas shiling rumahnya.

Hari Sabtu yang lain dia membawa anak dan pengasuhnya ke hotel lain pula. Mahal juga kosnya. Hingga mencecah 15000 yen atau RM 500.00. Biarlah begitu, walaupun bilik hotel ini sempit, namum dia mesti menginap di hotel pada hujung minggu kerana mahu lari dari bising dari atas rumah sewa kayunya.

“Kita mesti pindah” Kata Alisa kepada Wati.
“Pindah ke mana?” Tanya Wati.
“Ke satu tempat yang lebih aman…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: