CINTA DI TOKYO, Part 26: “Episod Gusar 1…”

Kebelakangan ini Alisa rasa seperti nak balik Malaysia. Semakin hari perasaan itu semakin menebal. Bukan kerana dia teramat rindu kepada ibu di kampung, kerana setiap hari dia menelefon ibu yang ternyata sihat-sihat saja.

Yuki dan adiknya semakin membesar. Anak Yuko wanita Jepun yang dua orang ini semakin buas. Mereka yang tinggal di tingkat atas rumah kayu Jepun itu selalu berlari-lari ke sana ke mari. Bunyi kaki mereka amat bingit. Semakin hari semakin menyakitkan hati Alisa. Apabila Alisa menelefon Yuko memberitahu supaya tidak terlalu bising, Yuko amat marah. Dia menyebut “Kalau tak suka tinggal di sini, pindah saja”.

Alisa tidak sangka ibu muda Jepun yang selalu mengadu nasib tentang suaminya kepada Alisa itu rupa-rupanya seorang yang keras hati. Alisa tidak menyangka bahawa Yuko sanggup berkasar dengannya sedangkan mereka seperti kawan baik. Yuko selalu bergaduh dengan suaminya. Katanya suaminya mempunyai perempuan lain. Dia masih bertahan kerana terpaksa bersabar demi anak-anak dan demi mendapat wang belanja membayar sewa rumah dan keperluan hariannya yang lain.

Alisa tidak betah lagi tinggal di situ. Semakin hari bunyi bising dari tingkat atas rumah semakin menjadi-jadi. Yuko seolah-olah mahu halau dia keluar. Balik dari kerja hati Alisa teramat runsing. Dia mandi ofuro berendam di dalam air berlama-lama. Kadang-kadang sehingga 2 jam. Bunyi bising di atas kepala masih tidak berhenti-henti. Sepanjang di dalam ofuro, Alisa memikirkan mahu balik ke Malaysia tetapi perkara itu tak mungkin terjadi lantas apa yang perlu dilakukan?

Berpindah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: