CINTA DI TOKYO, Part 27a: “House Hunting 1”

Setiap hari kebelakangan ini, hidup Alisa terasa sibuk sangat. Begitu juga dengan Hori san, penerbit yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Alisa di sini. Sibuk mencari rumah sewa baru untuk Alisa dan keluarganya di Tokyo.

Hampir 20 buah rumah telah mereka jelajahi. Ada sebuah rumah di Shinjuku, tak jauh dari Shibuya, cuma menaiki sekali kereta api, sampailah di situ. Namun fobia dalam diri Alisa membuatkannya menolak rumah itu.
“Di sini bising sangatlah Hori san…boleh dengar bunyi kereta api.” Betul, Alisa benar-benar fobia dengan bunyi bising. Bising di rumah atas menjadikan dia benar-benar fobia.

Ada juga sebuah rumah kayu Jepun, tiga tingkat di Shinjuku juga. Rumah yang dilihatnya itu di tingkat tiga, paling atas, tapi mesti menaiki banyak anak tangga. Itu tidak menghairankan, kerana sejak setahun lebih di Jepun, Alisa sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan gaya Jepun, berjalan laju dan mendaki tangga jika ke tingkat satu atau dua. Malu jika menaiki lift ke tinggat satu atau dua. Ikut budaya orang Jepun.

Rumah kayu ini boleh tahan juga, namun ofuronya buruk sangat. Bilik-biliknya kecil-kecil. Ada dua bilik dan satu ruang tamu dan satu ruang dapur. Boleh tahan, tetapi Alisa menolaknya kerana ofuro yang buruk itu. Kelihatan kotor dan tua sangat. Mungkin tidak kotor, tetapi buruknya menjadikan ofuro itu kelihatan kotor. Sewanya agak ok, kira-kira 120 ribu yen, atau kira-kira RM4.000. Huh, kalau di Malaysia dah dapat rumah bangalow!!!

Sebuah rumah lagi ialah rumah yang terletak di tengah Shibuya. Tidak jauh dari NHK, boleh menaiki basikal saja dan boleh menghantar Aini ke hoikuen dengan berjalan kaki. Namun terlalu sempit. Rumah batu, tetapi sempit pulak. Nak meletak beg besar pakaian Alisa juga dah hampir memenuhi ruang. Suasana tidak bising, sunyi dan tenang, namun masalah sempit pula menghalangnya untuk bersetuju menyewanya. Harga sewanya mak oiii, dahsyat, hampir 150 ribu yen, atau lebih kurang RM5,000.

Sebuah lagi rumah juga terletak di Shibuya. Masuk saja ke rumah itu, hati Alisa tidak merasa tenang. Entah kenapa. Ruang di rumah itu kelihatan suram dan sepi. Lif untuk ke tingkat 17 itu kelihatan usang. Alisa bayangkan jika dia balik dari kerja di NHK sampai rumah pukul 9.45 malam, ehhh, takut. Sewanya juga mahal giler, kata orang muda sekarang…kira-kira 130,000 yen.

Sebuah lagi rumah terletak di dekat stesen keretapi bawah tanah yang kelima dari Shibuya. Dua lapis, dan rumah ini di tingkat 1. Juga tidak sesuai bagi Alisa. Mesti akan ada bunyi bising dari atas rumah, jika ada orang berjalan. Huh, takuttttt!

Macam mana ni? Fikir Alisa bertambah runsing.

Esok mesti cari rumah lagi. Alisa berfikir dan berfikir sepanjang perjalanan dari NHK ke rumahnya yang bising di Shibuya hari itu…Tawakkal alallah, fikirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: