CINTA DI TOKYO, Part 27b: “House Hunting 2”

Alisa terfikir, alangkah sukarnya hidup orang-orang Jepun. Khususnya untuk mencari rumah sewa. Sudahlah mahal, sempit pulak. Kebanyakan rumah yang Alisa lihat, seperti sarang merpati. Kalau di Malaysia, seingat Alisa, jarang ada rumah yang sempit begini. Kalau adapun, mungkin flat rumah murah, namun lebih besar daripada rumah-rumah yang dilihatnya.

Alisa menyuarakan kesesakan fikirannya kepada Norizan, pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di peringkat MA mengkhusus dalam Bahasa Jepun di Universiti Tokyo. Norizan ini agak tomboy. Berambut pendek dan memakai pakaian ala lelaki. Berhati cekal tetapi baik hati. Dia berkerja sebagai penyiar sambilan di NHK. Norizan mendapat idea, “Apa kata kita tinggal bersama di rumah banglo Jepun?”

Apabila mereka pergi melihat rumah itu, yang terletak tidak jauh dari NHK, kira-kira 20 minit berjalan kaki, Alisa mula menyukai rumah itu. Bertingkat dua, ada empat bilik kecil-kecil dan setiap bilik bertikar tatami. Ada dua bilik air yang lengkap dengan ofuro. Harganya kira-kira 130,000 yen atau RM 4,500. Namun apabila Alisa memberitahu Hori san, niatnya terbatal lagi.

“NHK tidak membenarkan specialistnya tinggal berkongsi rumah dengan penyiar lain…” Takut berlaku salah faham, maklumlah kita manusia. Jika ini berlaku, nanti lebih mengganggu fikiran. Katanya.

Alisa kecewa. Dia menyatakan kepada Hori san supaya dihentikan sementara pencarian rumah sewa. Dia penat. Dan dia tahu Hori san juga penat. Mana tidaknya, hampir tiap hari mereka bertemu dengan agen perumahan yang rata-rata rajin dan menghormati orang. Setiap kali berpisah, Alisa berasa bersalah, kerana terpaksa menolak rumah yang ditinjau kerana sebab-sebab seperti bising, bunyi kereta lalul lalang, bunyi dari tingkat atas, dan pelbagai perkara yang merunsingkannya.

Aduhhhhh! Letih, penat, bosan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: