CINTA DI TOKYO, Part 28: “Rumah Baru”

Sampai saja di rumah petang Ahad itu, Alisa terus menelefon Hori san. Dia menceritakan tentang rumah Nori san yang dilihatnya.

Oh, really? I myself don’t even know about this type of house!” Kata Hori san. Hori san berjanji akan melihat buku informasi tentang rumah jenis itu esok.

Hari Isnin itu, Hori san sibuk lagi, menelefon agen perumahan kerajaan. Dan hari Selasanya mereka pergi lagi meninjau rumah. Dari satu rumah ke rumah yang lain. Bukannya dekat-dekat, ada yang terpaksa menaiki dua keretapi. Alisa membawa Aini dan Wati.

Sebuah rumah yang agak cantik, terletak tidak jauh dari eki Shinjuku tak jauh dari Shibuya. Cuma empat perhentian dari Shibuya. Rumah itu hampir sangat dengan eki atau perhentian keretapi. Ada masalah pula nampaknya. Setiap kali keretapi melalui kawasan itu, bunyinya amat bingit. Tolak lagi.

Mereka ke rumah yang terakhir, terletak di Tokiwadai, di Itabashi ku. Mereka perlu menaiki Yamanote line dan sampai ke Ikebukuro, kira-kira setengah jam dari Shibuya, mereka menaiki Tobu Line, untuk ke Tokiwadai. Rumah ini jauh dari eki. Perlu berjalan kaki kira-kira 15 minit jika berjalan santai. Tapi jika berjalan seperti orang Jepun, akan mengambil masa 10 minit.

Mereka juga perlu melalui lorong kecil di depan rumah-rumah orang Jepun yang cantik dan hebat. Rumah-rumah banglo Jepun ini beratap genting yang sungguh runcing, seperti juga rumah orang Cina di Beijing yang ditontonnya dalam drama Cina. Di depan rumah, ada pintu gerbang comel lengkap dengan atapnya yang cantik. Pintunya diperbuat daripada kayu yang berkualiti. Dan ruang halamannya juga luas.

“Aini nak rumah ini, cantik sangat.” Aini tiba-tiba bersuara. Tak sangka juga rupa-rupanya anak kecil ini juga terpikat dengan rumah banglo mewah Jepun itu.

“Tak boleh, Aini Chan ini rumah orang. Bukan rumah sewa” Kata Hori san berbahasa Melayu yang faseh, sambil ketawa. Dia memegang tangan Aini.

Mereka terus berjalan. Mata Alisa liar melihat rumah-rumah Jepun yang cantik dan kemas di sepanjang jalan. Taman-taman Jepun dan pepohon sakura yang berderetan, menambahkan lagi keindahan persekitaran.

Akhirnya mereka sampai di rumah yang dituju. Seorang agen telah siap menunggu. Mereka mengambil kunci dan menaiki rumah kosong di tingkat tiga. Wah, rumah ini sungguh cantik. Agak luas dan sungguh selesa. Tidak lagi kelihatan seperti rumah typical Jepun. Apartment ini kelihatan mewah. Lebih luas daripada town house LADA di Langkawi yang diduduki Alisa sebelum ke Jepun dulu.

Kemasan rumah ini memang bagus. Ada lorong di tengah-tengah rumah, membahagikan rumah itu kepada dua ruang. Di dekat pintu utama, ada satu ruang bilik mandi lengkap dengan ofuro, di sebelahnya tandas moden dan bersih, di depan tandas itu ada ruang bersolek dan ada ruang meletak mesen basuh kain. Masuk sedikit lagi, ada ruang dapur yang comel dan lengkap dengan kabinet dapurnya. Sungguh selesa.

Di sebelah kirinya di sebelah lorong itu ada tiga bilik berderetan. Bilik utamanya bersebelahan dengan bilik mandi. Bilik itu bertikar tatami. Ada pintu sorong. Almarinya juga berpintu sorong Jepun.

Ruang depannya di bahagian dalam rumah, luas dan lapang berlantai kayu yang divarnish. Pintu cerminnya ada empat keping. Luas rumah ini. Ruang luarnya ada beranda. Di sini boleh ditanam pokok-pokok bunga, atau sayuran. Juga boleh disidai kain kerana ada ampaian separa lengkap. Hanya perlu dibeli kayu ampaian yang dijual di kedai perabut.

Rumah ini mengadap bangunan apartment yang berbentuk u. Cantik sungguh tempat ini.

Hati Alisa sudah yakin, inilah rumahnya!!!

2 responses to this post.

  1. Bestnya…. kalau cite ni disertakan gambar…. macam best je kat jepun nu…..

  2. Gambar di Jepun memang banyak, sayangnya oleh kerana saya berpindah randah sejak balik ke Malaysia, CD gambar hilang entah ke mana. Itu yang saya paling kesal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: