CINTA DI TOKYO, Part 29: Tokiwadai

Berpindah rumah adalah satu perkara yang sungguh memenatkan. Entah apalah nasib Alisa. Terpaksa berpindah rumah dari rumah yang dekat dengan tempat kerja di NHK ke sebuah rumah yang terletak jauh dari NHK. Rumah pertama cuma 10 minit berjalan kaki. Rumah kedua hampir satu jam dengan berjalan 20 minit dan menaiki keretapi hampir 40 minit. Perlu menaiki dua keretapi. Kata orang mencari susah!

Namun hati Alisa sudah bulat, kerana dia telah membuat solat istikharah. Ya, dia sudah pasti. Wati membantu mengemas semua barang di rumah lama. Dan Hori san menolong mencarikan lori. Wah satu tahun lebih tinggal di Shibuya, dia telah mengumpul banyak juga barang. Sebuah lori besar juga diperlukan untuk mengisi semua barang dari rumah lama ke rumah baru.

Tokiwadai, sebuah kawasan yang tenang dan damai. Jauh lebih indah daripada di Tomigaya, di Shibuya, tempat lama. Dari NHK Alisa perlu berjalan kaki kira-kira 10 minit ke stesen keretapi atau eki sama ada di Shibuya atau di Harajuku. Alisa lebih suka melalui Harajuku, kerana di sini penuh dengan warna warni kehidupan.

Untuk ke Harajuku, dia melalui taman Yoyogi yang besar dan luas. Kemudian dari situ terus ke eki dan melalui kawasan lapang di atas jejantas yang sering dipenuhi oleh remaja Jepun berpakaian aneh dan berwarna warni. Rambut mereka diwarnakan perang, kelabu, puteh dan pelbagai warna yang gila-gila. Baju juga dipadankan mengikut sesuka hati mereka. Kuku dipanjangkan dan diwarnai hitam atau pelbagai warna lagi. Merah, biru, hitam dan entah apa-apa lagi. Menarik dan ceria.

Dari Harajuku, dia perlu ke Ikebukuro menaiki keretapi kira-kira 20 minit, kemudian menukar keretapi untuk ke Tokiwadai. 20 minit dari Ikebukuro, sampai ke Tokiwadai dan turun keretapi berjalan kaki hingga ke rumah dalam 10 minit. Setiap hari pergi balik dua jam. Pergi sejam, balik sejam…

Seronoknya dia dapat melihat pelbagai perilaku dan perangai orang Jepun. Namun rata-rata orang Jepun tidak suka bising. Dalam keretapi masing-masing dengan cara sendiri. Ada yang membaca, ada yang berSMS dan ada yang tidur. Paling ramai yang membaca dan mendengar radio/ kaset menggunakan head phone di telinga.

Hari pertama di Tokiwadai, Aini senonok sangatl. “Rumah ini best…” Katanya.

Wati juga gembira dapat berpindah ke rumah ini. Watilah satu-satunya pembantu atau pengasuh Aini yang dapat tinggal di dua buah rumah.

Hati Alisa juga riang. Tokiwadai menjanjikan kehidupan yang selesa di Jepun bagi Alisa. Tentu ada episod riang di sini nanti. Fikir Alisa.

Musim panas yang hampir tiba ke penghujung itu dihabiskan oleh Alisa berulang alik bekerja. Aini meneruskan tadikanya di hoikuen di Omukai, Shibuya. Alisa penat sangat menghantar Aini pada awal pagi. Dan dia terus balik untuk memasak untuk Aini dan jam 11 akan dihantar makanan untuk Aini. Penat tetapi hatinya girang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: