CINTA DI TOKYO,Part 30: “20 Tahun Lebih Muda…”

Sejak berpindah ke Tokiwadai, hati Alisa semakin tenang dan girang. Aini dan Wati juga begitu. Wati yang datang ke Jepun selepas Aishah balik ke sana juga merasa lebih seronok tinggal di Jepun.

Setiap pagi, Alisa akan menghatar Aini ke hoikuen yang terletak tidak jauh dari Shibuya, dekat rumah lama Alisa. Kelas bermula jam 8 pagi, bermakna mereka mesti bertolak sejam lebih awal. Setiap hari Aini dengat liatnya terpaksa bangun lebih pagi. Kalau sebelum ini ketika di Shibuya Aini bangun pagi jam 7.30, tetapi kini 6.30 dah perlu dikejutkan.

Mereka bergegas ke eki di stesen Tokiwadai, kemudian ke Ikebukuro dan terus menaiki keretapi lain untuk ke Shibuya. Pagi-pagi begini, mashaallah ramainya orang dalam keretapi. Bersesak-sesak dan kadang-kadang macam kena himpit oleh ribuan manusia yang berebut-rebut nak ke tempat kerja. Paling sesak ialah di stesen Shibuya, dengan jutaan orang bertali arus tidak hentinya dari pagi hingga ke malam.

Suasana ini bagi Alisa sungguh trillling, mencabar dan menguji kekuatan iman. Nasib baik Aini tidak meragam. Aini juga seperti suka sangat menaiki keretapi setiap hari ke tadika/ hoikuen.

Aini juga sudah pandai berjalan laju seperti ibunya. Wati kelihatan seperti penat, walaupun masih remaja, baru berusia 19 tahun, tetapi dia mudah penat. “Tak biasa berjalan laju macam ini” Katanya. Gadis hitam manis dan kecil molek ini bersetuju datang ke Jepun untuk mencari pengalaman sementara menunggu tawaran pekerjaan.

Musim panas yang kian berlalu memang melegakan. Mana tidaknya suhu musim panas sehingga hampir 40 darjah centigrate amat merimaskan. Apatah lagi, mereka selalu dipandang tajam oleh warga tua Jepun. “Atsui desne?” Pernah seorang wanita warga emas Jepun bertanya soalah itu kepada Alisa ketika mereka membeli belah di Ueno. Maksud soalah itu “Panas kan?”.

Iek…” Alisa menjawab selamba. Dia tak pandai nak jawap dalam bahasa Jepun. Dibantainya bahasa Inggeris, tak faham juga makcik tu…Akhirnya Alisa bercakap dalam bahasa Melayu. “Tak lah, saya orang Islam, dah biasa menutup kepala macam ini.” Sia-sia saja bercakap wanita Jepun tersebut tak fahampun.

Wah cabaran nih…

Sejak di Tokiwadai ini, hidup Alisa semakin sibuk dan amat memenatkan. Berjalan laju menghantar Aini ke tadika, balik ke rumah memasak untuk bekalan Aini, kemudian menghantarnya dan terus ke NHK. Aduhhhh, letih sangat. Balik ke rumah waktu malam, ketika Aini sudah enak dibuai mimpi, Alisa terus bersolat Isyak dan terus merebahkan tubuhnya yang sedikit susut.

Namun pada bulan November ketika menjalani pemeriksaan doktor, yang wajib bagi setiap specialist di NHK, doktor memuji Alisa. Katanya Alisa semakin sihat. Malah Alisa seperti 20 tahun lebih muda daripada usia.

Dalam perjalanan ke NHK daripada klinik doktor di Harajuku, Alisa tersenyum panjang. Mungkin orang yang berselisih dengannya sepanjang jalan hairan. Gila ke orang ini?

Hatinya terus berbunga riang. Daun-daun pokok di sepanjang jalan yang sudah bertukar warna dalam musim luruh ini terasakan menambahkan lagi keceriaan dirinya.

“Aku bertambah sihat, berat badan bertambah turun, dan aku lebih muda 20 tahunnnnnnnn” Terasa bagaikan nak menjerit.

2 responses to this post.

  1. Posted by ayu on January 21, 2013 at 9:53 am

    Haha…ada hikmah akak pindah jauh dari tempat kerjakan?

  2. Betul dik, kalau di Malaysia ashik berkereta sana sini, di Jepun akak berjalan kaki berbatu-batu…sihat dik. Tak ada penyakit seperti sekarang ini, darah tinggi dan diabetik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: