“4 tahun, 4 bulan dan 4 musim…” Bhg.2

Bekerja dengan orang-orang Jepun memang menyeronokkan. Orang Jepun amat menjaga disiplin dan etika kerja mereka. Masa amat dijaga dan jika kerja tidak siap, mereka akan menyiapkan terlebih dahulu, barulah mengambil masa untuk makan. Jika lapar sangat, mereka akan menyuap makanan seperti onigiri (nasi kepal) atau roti sambil menghirup kopi atau nihon no ocha (teh Jepun) sambil menyiapkan kerja. Di ruang bekerja di tingkat 7, NHK yang menempatkan bahagian siaran antarabangsa itu, disediakan mesen pembancuh teh Jepun dan air panas untuk sesiapa saja yang mahu menghilangkan dahaga. Setiap jam seorang pembantu akan datang dan mengambil cawan yang telah digunakan untuk dibasuh dan disusun semula di tempat asalnya. Pendeknya kita boleh makan dan minum di tempat kerja tetapi kebersihan mesti dijaga.
Untuk memudahkan warga kerja, terdapat tiga kantin besar disediakan, sebuah di lantai bawah, sebuah di tingkat tiga dan sebuah di tingkat lima. Ada tiga buah cafe kecil di tingkat berlainan untuk membawa pelanggan NHK berbincang dan berbual sambil minum-minum kopi panas atau kek. Kemudahan kantin dan kafe disediakan untuk memudahkan warga kerja mengisi perut. Masa makan tidak dihadkan, namum tidak ada yang curi tulang, kerana mereka makan ketika perut lapar, tetapi meneruskan kerja apabila habis makan. Di sinilah aku lihat tingginya tahap integriti mereka dalam bekerja. Masa dijaga, penipuan tidak dilakukan dan masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing. Pendeknya disiplin adalah kunci utama orang-orang Jepun maju.
Di tingkat 7, tempat aku bekerja, satu ruang empat segi 6 kaki x 4 kaki berdinding dipasang di satu sudut untuk warga kerja beragama Islam bersolat. Selalunya aku terus bersolat apabila tiba waktunya kerana tidak mahu air sembahyang terbatal. Susah juga jika tiba musim sejuk, mengambil air sembahyang menjadi satu azab kerana airnya sejuk dan walau dicampur dengan air panas, tetapi sebentar lagi kaki dan tangan menjadi sejuk kembali.
Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: