Archive for September, 2009

Kereta Baru CC Kecil…

Wah, raya ini akak pakai kereta baru. Aini yang baru kerja dah beli kereta Myvv. Kereta Honda Odessey akak tak sempat dihantar untuk service, jadi Aini bagi pinjam kereta baru dia untuk akak bawak balik. Memang bagus kereta Myvv ini, kerana tak telan minyak banyak, berbanding dengan Odessey akak tu. Hampir dua kali ganda. Bagusnya tak sampai seratus ringgit duit minyak dari BBB ke Lenggong, Perak pergi balik. Kalau Odessey dua kali ganda, cc besar.

Anak saudara yang lain Aini Alia dan Anis Afzu masing-masing pakai kereta Naza. CC juga kecil, bagus tak banyak telan minyak. Bagus anak-anak, ketika muda, anak-anak mesti beringat untuk masa tua.

Terima kasih akak Aini Rohaya kerana meminjamkan kereta barumu dengan hati yang ikhlas dan murni. Tahun depan mungkin boleh pinjam kerata Anis atau Alia pula?

Selamat Hari Lebaran…

Duit Raya…

Macam mana ni? Duit raya dah tak ada di mana-mana bank ini. Duit besar adalah, tapi mana mampu nak keluargakan duit raya besar…

Nampaknya kena minta tukar duit daripada budak-budak yang datang berhari raya kat rumah pada hari raya. Budak-budak ini memang banyak duit…itu trick aku setiap kali raya, jika duit raya tak dapat ditukar daripada bank.

Amacam? Boleh buat trick cam ni?

Kursus Photoshop

Memang seronok rupanya menggunakan Photoshop. Akak yang dah senja ini baru nak mula belajar menggunakan teknologi terkini dalam menghasilkan grafik. Ok juga le, baru dua hari belajar dah boleh menghasilkan grafik yang agak memuaskan hati.

Patutlah Aini suka sangat dengan Photoshop hingga banyak menghabiskan masa di depan komputer berjalam-jam lamanya jika tidak ke sekolah. Baru 13 tahun, belajar Photoshop sendiri melalui trial and error, dia lebih hebat hasilnya.

Akak suka buat make-up muka sendiri. Hidung penyek dapat dimancungkan.

make up done

Kursus Pengurusan Jenazah…

Hari ini akak dan kakitangan IPPTAR mengikuti kursus Pengurusan jenazah. Sekarang waktu rehat. Jadi balik ke bilik tunggu waktu zohor.
Kursus itu memang bagus sangat. Mengajar kita tentang tanggungjawab orang yang hidup untuk menguruskan orang yang meninggal dunia. Ustaz juga menyentuh tentang MAUT. Maut itu boleh datang bila-bila masa saja, kita tak boleh mengelakkannya jika ia sudah tiba. Sembunyilah di dalam peti besi sekalipun, maut tidak dapat dielakkan apabila tiba masanya. Tidak kira pangkat dan darjat kita. Insaf.
Sehingga di sini saja. Akak akan sambung kandungan kursus itu nanti.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT DALAM BULAN RAMADHAN…