Media baru – dunia semakin kecil…

Wah betapa mudahnya kita berhubungan dengan rakan-rakan lama yang telah terputus hubungan. Rakan sekolah, rakan sekampus, rakan sekampung, rakan sekursus, kenalan dan sanak saudara, semua dapat saling berhubungan dengan teknologi baru, yang dah popular, Facebook. Mudahnya dengan menjadi ahli, add rakan yang sama-sama menjadi ahli, dia terima dan kitapun dapat saling bercerita kisah hidup dan pelbagai topik kegemaran…Yang paling bagus, rakan yang jauh menjadi dekat, dunia menjadi seperti semakin kecil.

Seronoknya kerana ia cara networking yang lebih cepat dan mudah. Orang ini kenal orang ini, orang ini tegur orang itu, dan akhirnya menjadi kawan, walaupun tak kenal pada mulanya. Rakan lama yang dah lama menghilang dan terputus hubungan, boleh menyambung persahabatan melalui rakan lain. Pendeknya mudah dan cepat.

Semoga anak-anak dan adik-adik yang muda belia tidak menyalahgunakan media baru ini…gunakanlah FB untuk kebaikan, seperti untuk menjalin silaturrahim, bukan untuk mengumpat, mengutuk dan menjatuhkan…

Blog juga tidak kurang hebatnya. Mentimun di tangan kita, pisau juga di tangan kita…pandai-pandailah gunakan supaya tidak tersalah sasar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: