CINTA DI TOKYO: Part 35: “Hitomi chan”

Cuaca semakin dingin. Alisa mencapai kunci basikalnya. Dia melalui celah-celah deretan basikal yang semakin kurang berbanding siang tadi. Ramai yang telah pulang ke rumah masing-masing. Dia mahu cepat sampai ke rumah kerana pengasuh Aini, gadis Jepun pelajar Universiti di Tokyo masih berada di rumah. Alisa mesti sampai sebelum jam 10.30 malam, jika tidak dia terpaksa menambah 1,500 yen lagi upah penjaga itu untuk setiap jam. Satu hari lima jam, bermakna sehari upah pengasuh Aini sebanyak 7,500 yen. Huh, dua puluh hari bermakna 150,000 yen atau RM4.500 sebulan. Kalau nak ditambah lagi 1,500 teruklah aku…

Buat seketika dia terlupa wajah tampan pemuda tadi. Dia berkira-kira dalam hati, aku mesti sampai sebelum jam 10.30 malam.

Sesampainya di rumah dia terus membunyikan loceng pintu. Sebentar selepas itu muncul wajah comel Hitomi chan gadis Jepun yang kecil molek.

“Tadaima…” Alisa menyapa Hitomi chan, bermaksud “Saya dah balik”, sebutan biasa orang Jepun apabila seseorang balik ke rumah.

“Okairi..Alisa san” Selamat balik. Sapa Hitomi chan.

“How is she today?” Tanya Alisa merujuk kepada Aini anaknya yang kini berusia 5 tahun.

“She’s already sleeping. Came back home, I bathed her, after that she took her dinner and we play with her dolls for an hour and after that I read her Japanese story book.” Hitomi menjelaskan panjang lebar tentang kegiatan Aini selepas balik dari Hoikuen jam 6.30 petang tadi. Dia juga menjelaskan Aini banyak ketawa dan gembira hari ini, sama seperti hari-hari lain sebelum ini.

Kertas bertulis bahasa Jepun menandakan kehadirannya dan kepulangannya dihulurkan untuk ditandatangani oleh Alisa. Alisa menandatangani kertas biru dengan salinan dalam warna putih untuk simpanannya.

Hitomi mengucapkan terima kasih dan meminta diri untuk pulang. Jam menunjukkan pukul 9.53. Alisa menarik nafas lega, kerana tidak perlu mengeluarkan bayaran tambahan untuk kali ini. Sama seperti hari-hari sebelum ini kerana dia sentiasa bergegas pulang kebelakangan ini sejak menggunakan khidmat pengasuh Jepun.

Selepas mandi, bersolat dan sebelum melelapkan mata, Alisa terus memikirkan tentang anaknya. Direnungnya wajah comel Aini yang sedang tidur. Dia mencium pipi anak itu dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar.

Buat pertama kalinya sejak bertemu lelaki tampan di eki Tokiwadai, dia merasa tenang. Akibat terlalu letih dia terus terlena di dalam selimut tebal eletrik dalam musim sejuk yang dingin itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: