CINTA DI TOKYO: Part 37:”Hish…kenapa ni?”

Dia ni tinggal di mana? Kejap ada, kejap tak ada…peleknya, fikir Alisa. Sejak pertama kali bersua muka, Alisa rasa tak keruan. Dia tak dapat memikirkan perkara lain selain daripada lelaki itu. Hiss, kenapa dengan aku ni?

Alisa mshu sangat membuang jauh wajah itu daripada kotak fikirannya. Dia sememangnya serik untuk jatuh cinta, kerana sesungguhnya perasaan itu sakit, bukan bahagia.

Aneh sungguh, kenapa kebelakangan ini ada saja dia? Siapa dia? Dan mengapa dia ini macam tahu je pergerakan aku? Alisa tak habis fikir tentang jejaka tampan berkulit puteh melepak, bertubuh sasa, berambut hitam, tinggi lampai dan bersuara memikat. Aduh, aku tak layak jatuh cinta begini…nasib baik tak ada yang tahu perasaan gelisah dalam diri ini.

Umurku dah masuk tiga puluhan, tak layak nak jatuh hati lagi. Dia terus memberitahu dirinya sendiri. Aku ini syok sendiri…kalau ada yang tahu perasaan aku ini, tentu malu aku dibuatnya. Hish, kenapa dengan aku? Dia seolah membentak diri sendiri. Aku ini wanita Islam, dia? Entah…selalunya orang Jepun beragama Shinto…setahun sekali menyambut hari perayaan pada awal tahun baru…lepas itu? Entahlah…

Lima belas minit berlalu, Alisa menghentikan engin kereta yang dipanaskan tadi. Pantas dia keluar dan mengunci keretanya. Jepun, ada kereta tak biasa bawa pulak, parking mahal juga, hingga mencecah 24.000 yen atau RM800 sebulan…kereta ini hanya bergerak hujung minggu. Itupun jika ada adik-adik pelajar universiti dari Malaysia yang bekerja di NHK sudi membawanya untuk kesesuatu tempat menarik di Jepun ini pada hujung minggu. Jika tidak, tersadailah kereta itu di parkirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: