CINTA DI TOKYO: Part 38: “Asyiknya…salji…”

Petang itu cuaca terasa semakin dingin. Masuk saja ke pejabat di tingkat 7, di bangunan NHK, pipi Alisa terasa panas sangat. Seluruh kulit di badannya terasa seperti digigit-gigit. Setiap kali dia masuk ke ruang pejabat itu, khususnya dalam musim sejuk, pasti seluruh kulitnya terasa gatal-gatal. Mana tidaknya, di luar sana sejuk hampir mencecah 0 darjah celsius, di dalam ini pula alat pemanas dipasang kuat…panas hingga ke muka.

Alisa tahu, pasti pipinya waktu itu kemerah-merahan. Pasti. Setiap kali dia masuk ke ruang hangat dalam pejabat begitu, pasti kulit pipinya bertukar menjadi kemerah-merahan. Lebih kemarah-merahnya daripada orang Jepun sendiri. Kekadang dia terfikir, cantik juga pipi aku ini, macam pipi baby, macam pipi Aini dan kawan-kawannya di hoikuen/tadika. Ish, kadang-kadang dia terfikir, aku ini terperasan juga…dia tersenyum sendiri.

Dia teringat ramalam cuaca hari ini, ya, salji akan turun di Tokyo. Dia meluru ke tingkap, di sebelah meja Hori san. Di jenguknya ke taman Yoyogi yang boleh dilihat dari tingkat 7 itu…Dia melihat ke luar…ya, salji turun lagi. Permandangan ketika itu sungguh indah, dengan emping salji berterbangan berjatuhan melayang ke merata tempat, dan di atas reranting tanpa daun juga salji semakin menebal. Dia terlupa seketika wajah pemuda tinggi lampai yang sering mengganggu fikirannya kebelakangan ini. Keindahan salji yang kian menebal di atas padang di kejauhan sana sungguh mengasyikkan. Aduh, indahnya ciptaan Mu Ya Allah, dia menarik nafas kesyukuran.

“Alisa san, ini skrip Ulasan Berita….” Lamunannya terhenti…”Yorishiko onigaishimashu” Tiba-tiba muncul Chao Kun, penerbit Ulasan Berita menghulurkan skrip kepadanya.

Hait, onigaishimashu…” Ungkapan itu setiap hari disebut oleh hampir setiap orang sepanjang dia bekerja di situ…Itu adalah ucapan apabila seseorang berhubung dengan orang lain dalam melaksanakan pekerjaan mereka yang bermaksud lebih kurang “sama-samalah kita menjayakannya”.

Dia beredar ke depan komputer dan mula meneliti skrip yang diberi untuk diterjemahkan nanti…Namun hatinya teringat kepada salji yang memutih…akan kuredah salji habis kerja nanti…dia membayangkan salji yang semakin tebal di atas jalan raya dan di mana saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: