CINTA DI TOKYO: Part 39:”Kalaulah ada dia…”

“Otsu karesama desuta…” Ucapan selepas semuanya bersiap nak balik. Menyatakan kesyukuran kerana semua kerja dah beres. Alisa disapa oleh mereka yang mengenalinya di NHK. Alisa menutup pintu lockernya selepas mengambil kot tebal musim sejuknya. Hori san, penerbit berita bahagian Melayu di sebelahnya telahpun menyarungkan kot atau baju tebalnya.

Mereka berjalan beriringan dan mengetik kad perakam waktu. Hori san menggunakan kad perakam digital, manakala Alisa menggunakan kad perakam lama di mesen kad perakam seperti di Malaysia ketika diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir hampir 20 tahun lalu…

Keluar saja dari bangunan NHK angin sejuk menyapa Alisa. Salji masih berjatuhan…indah sekali. “Hari ini ada yuki (salji)…saya nak main yuki hari ini.” Kata Alisa kepada Hori san. Ceria. Mereka berjalan perlahan-lahan memijak salji yang belum begitu menebal di atas jalan raya dan di kaki lima bandar Shibuya. Satu demi satu kedai ditutup, menandakan hari semakin tua.

Salji berjatuhan, melayang dibawa angin ke kiri ke kanan dan ke depan dan belakang…Alisa paling suka ketika empingan salji jatuh di atas mukanya. Sejuk, namun mengasyikkan. Tak tahu mengapa dia merasa begitu asyik dengan suasana itu. Kot tebalnya dipenuhi salji. Baju berbulunya hampir bertukar warna, hitam bertompok-tompok puteh. Puteh oleh salji yang beterbangan…

“Sudah malam Alisa san…mahu main yuki lagi?”

“Ya, kenapa tidak…” Jawab Alisa. Tiba-tiba nada suaranya bertukar bimbang, “Hori san, jika yuki tebal, kita mungkin tak boleh balik rumah. Risau saya.”Dia teringat ketika musim sejuk tahun lalu, ketika salji tebal turun di kota Tokyo dan sekitarnya, keretapi tidak boleh berjalan kerana rel diselaputi salji dan membahayakan perjalanan. Di terpaksa menunggu berjam-jam di stesen keretapi hinggalah perjalanan dimulakan kembali esoknya. Nasib baik ketika itu Aishah ada di rumah menjaga Aini. Penatnya Alisa menunggu rasanya hanya tuhan saja yang tahu!!!

“Tapi sekarang masih ok…kerana belum cukup tebal, keretapi masih berjalan… don’t worry Alisa san” Ucap Hori san. Mereka menaiki keretapi yang masih dipenuhi penumpang. Semua penumpang diam dan melayan fikiran masing-masing. Alisa juga begitu.

“Jumpa lagi hari Isnin” Ucap Hori san kepada Alisa sebelum berpisah di stesen keretapi Shinjuku kerana dia turun di stesen tersebut.

Ja mata ne!!!” Jawab Hori san, bermaksud jumpa lagi ya.

Sepanjang perjalanan itu, Alisa rasa sungguh gembira. Dia melihat salji yang berjatuhan…cantik kata hatinya. Esok pasti salji lebih tebal. Alisa nak bawa Aini bermain salji di taman. Boleh buat orang-orang salji. Boleh berguling-guling di atas salji. Ush, seronoknya, fikir Alisa. Dia tersenyum sendiri sepanjang perjalanan balik ke Tokiwadai.

Agaknya ke mana perginya mamat kacak hari itu? Dah banyak hari aku tak tengok dia…Kalaulah ada dia, berjalan beriringan denganku dalam salji yang indah ini? Ish, kenapa aku ni? Mana boleh gitu? Aku kan orang Islam…

2 responses to this post.

  1. Posted by Jalil A.Ghani on November 10, 2009 at 9:33 am

    Dah baca semua part 1 hingga part 39. Boleh tahan juga menariknya. Ada part yang boleh mengasyikkan. Mudah dibaca kerana compartmental, tidak ada continuity antara siri, tidak perlu ikut urutan. Ada ruang untuk dijadikan lebih menarik terutama dalam aspek penggunaan bahasa. Bagus, dapat kenal dan belajar cara hidup serta budaya orang Jepun disamping bahasa Jepun, terutama perkataan atau ungkapan yang menjadi asas kegunaan harian. Tahniah dan syabas…gambaran pengalaman wanita Melayu yang tabah dan cekal mengharungi kehidupan di negara matahari terbit.

  2. terima kasih kerana sudi membaca cerita sebenar wanita melayu ini di negara matahari terbit…saya belum lagi menceritakan beberapa episod sukar di sana…belum sampai lagi ke episod itu…juga episod gembiranya belum lagi dimasukkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: